Setelah sekian lama menanti, akhirnya filem arahan pengarah tersohor U-Wei Haji Saari, Hanyut mula menemui penonton pada Khamis.
Sempena tayangan filem Hanyut, Institut Terjemahan & Buku Malaysia, (ITBM) melancarkan dua naskah buku yang mempunyai keunikan tersendiri, iaitu Kemudi dan Hanyut 'A Journey'.
Kemudi merupakan terjemahan bahasa melayu daripada karya Almayer's Folly tulisan Joseph Conrad yang diadaptasikan kepada filem Hanyut.
Manakala Hanyut 'A Journey' merupakan naskah yang lengkap mendokumentasikan proses di balik tabir pembikinan filem tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron, pihaknya menerbitkan Hanyut 'A Journey' kerana ia mempunyai keunikan tersendiri.
"Buku ini memperlihatkan disebalik tabir pengambaran filem Hanyut yang mana kita melihat seorang pengarah tempatan bekerja dengan sekelompok krew antarabangsa dan pelakon antarabangsa lalu menjadikan ia sebuah filem kebangsaan.
"Saya fikir ia satu pengalaman yang unik dan juga jarang kita buat selain ia juga satu sejarah baru dalam dunia perfileman kita jadi sewajarnya kita angkatnya menjadi buku supaya kita boleh mempelajari sesuatu darinya," katanya kepada Astro AWANI.
Menyentuh penerbitan Kemudi pula, Khair berkata karya Joseph Conrad yang diberi judul Almayer's Folly itu melihat Tanah Melayu dari sisi penulisnya.
"Kita melihat pada 1895, Joseph Conrad menulis pertama kali novel pertama beliau, melihat sisi Tanah Melayu pada waktu itu dan kita lihat supaya masyarakat hari ini bagaimana oang barat melihat kita pada waktu itu, apa kekuatan kita, apa keupayaan kita.
"Jadi saya fikir, ini perlu dilihat oleh generasi muda supaya mereka melihat bahawa kita mempunyai sejarah kita sendiri, sejarah yang patut kita kongsi bersama, sejarah yang patut kita angkat bahawa kita ada tamadun kita sebelum ini," katanya lagi.
Kemudi atau Almayer's Folly mengisahkan tentang Kaspar Almayer, seorang peniaga bangsa Inggeris berjuang untuk hidup di Tanah Melayu pada awal abad ke -19.
Joseph Conrad menulis buku ini ketika beliau masih menjadi pelaut dan tulisannya menjadi teman seperjalanannya melalui susah dan senang sebagai pelaut.
Secara dasarnya, buku ini ditulis melalui pemerhatian, pengalaman dan kajian mendalam beliau daripada buku-buku mengenai Tanah Melayu.
Irwan Muhammad Zain
Fri Nov 25 2016

Diana (kiri) dalam satu adegan filem, Hanyut. - Gambar fail

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

'Hanyut' ke Indonesia beri impak besar kepada industri filem tempatan
Pertama kali dalam sejarah, Indonesia mahu filem Malaysia ditayangkan di sana, di 100 buah panggung.