KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu supaya isu pembayaran royalti bagi mereka yang bergiat dalam industri perfileman dilihat semula.
Perdana menteri berkata isu berkenaan sebelum ini pernah dibincangkan sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Malah katanya, sewaktu tempoh sama Akta Hak Cipta telah berjaya dipinda bagi memberi royalti kepada penyanyi dan komposer.
"Jadi waktu saya itu, kita baru bermula...saya harap perkara ini boleh dilihat kembali bagi kita jaga kepentingan pelakon-pelakon, penerbit-penerbit, pengarah-pengarah dan sesiapa sahaja terlibat dalam aktiviti perfileman
"Insya-Allah saya sebagai perdana menteri mungkin tak sempat untuk saya sendiri lakukannya, tetapi asas saya sudah letakkan, mungkin kita bagi Tan Sri Annuar Musa sendiri (Menteri Komunikasi dan Multimedia) untuk melihat perkara ini," katanya dalam ucapan penutupan Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia (Ekspresi@Finas) di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Senator Datuk Seri Zurainah Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.
Perdana menteri berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019, industri perfileman menyumbang 1.9 peratus atau RM29.4 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menjana sebanyak 216,811 peluang pekerjaan.
Bagaimanapun industi yang merangkumi sektor pengeluaran, pengedaran dan pemameran filem berkenaan mengalami kerugian dianggarkan lebih RM10 bilion sejak 18 Mac 2020 kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik.
"Daripada jumlah itu, industri pemameran pawagam kehilangan kutipan kasar RM1.08 bilion pada tahun 2019, kepada RM138.9 juta pada tahun 2020, dan RM28.9 juta pada tahun 2021," katanya.
Mengenai proses pemulihan ekonomi pasca pandemik, Ismail Sabri berkata impak usaha kerajaan menarik pelaburan asing juga dapat dilihat melalui data pelaburan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) Finas berjumlah RM129.7 juta sehingga Ogos lepas, melebihi RM100 juta sasaran.
Manakala bagi pasaran domestik, kejayaan filem Mat Kilau yang mencatat kutipan pecah panggung tertinggi melebihi RM90 juta adalah bukti kemampuan filem tempatan bersaing dengan filem-filem antarabangsa yang menguasai 60 peratus pasaran pecah panggung (box office).
Katanya ini disusuli kejayaan filem-filem seperti Air Force The Movie dan Abang Long Fadil 3 yang juga mencatat kutipan melebihi RM25 juta yang memberi keyakinan kepada pihak penerbit, pengedar dan pemamer mengenai keupayaan filem-filem tempatan kita untuk memecah kebuntuan akibat impak pandemik.
Beliau berkata kerajaan sedar dalam laluan menuju ke hadapan, suasana ekonomi dijangka lebih mencabar dan pelbagai isu telah disuarakan pemegang taruh seperti pemilikan hakcipta, kebajikan penggiat, kadar bayaran penerbitan oleh penyiar, potongan duti hiburan, insentif percukaian dan sebagainya.
"Kerajaan sentiasa prihatin akan isu-isu yang dibangkitkan dan berdasarkan perancangan jangka panjang, isu-isu ini akan diperhalusi dan ditambah baik seiring ekosistem industri yang melalui fasa perubahan," katanya.
Beliau percaya para pemegang taruh industri mempunyai potensi besar untuk menjadikan industri perfileman negara sebagai komoditi yang memacu ekonomi di peringkat domestik dan antarabangsa.
"Saya berharap industri tempatan akan terus kukuh mengharungi situasi ekonomi yang kian mencabar dan bangkit secara progresif supaya seluruh Keluarga Malaysia mendapat manfaat," katanya.
Mengenai Bajet 2023 kepada industri perfileman, Ismail Sabri berkata RM152 juta diperuntuk kepada Finas bagi memacu pembangunan industri yang memberi manfaat kepada pelbagai kumpulan pemegang taruh merangkumi pelabur, penerbit, pengedar, pemamer, penyedia perkhidmatan dan tenaga produksi.
Katanya ini termasuk peruntukan Dana RM50 juta untuk Dana Khas Kandungan Kreatif Kenegaraan, peruntukan Dana Kandungan Digital sebanyak RM102 juta dan potongan cukai bagi sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah Finas.
Selain itu pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran dan tanggungan 80 peratus caruman oleh kerajaan bagi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk penggiat seni FINAS.
"Namun kesemua ini akan hanya dinikmati sekiranya Bajet 2023 ini dibentangkan kembali dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15. Maknanya Kerajaan hari ini perlu dipilih kembali untuk menerajui negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2022

Ismail Sabri menyampaikan ucapan penutupan Program Eksplorasi Komuniti Kreatif Keluarga Malaysia (Ekspresi@Finas) di sini, hari ini.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

Arm dan Qualcomm ke mahkamah selesaikan isu royalti
Arm menyaman Qualcomm kerana menggunakan kadar bayaran royalti lebih rendah dalam rekaan CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia.

Perak terus teroka industri nadir bumi, hasil royalti RM30.88 juta setakat ini - Saarani
Kerajaan negeri sepakat bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.

KPDN bakal perkenal garis panduan CMO tahun hadapan - Armizan
KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.

'Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya...' - Amy Search
Amy mempersoalkan tindakan Din dan Kid yang mengeluarkan album Rockology Search: Kid'Din Collection tanpa sebarang persetujuan mahupun perjanjian hitam putih.

Perak peroleh RM21.1 juta royalti NR-REE
Ia dijangka akan terus meningkat apabila mineral tersebut perlu diekstrak di dalam negara sebelum dieksport ke luar.

McDonald's Malaysia: Royalti untuk kegunaan jenama, tiada kaitan dengan konflik Asia Barat
Royalti yang dibayar kepada McDonald's Corporation adalah untuk penggunaan jenama, program pembangunan bakat, serta pembangunan teknologi.

DUN: Perak terima royalti hampir RM16 juta hasil lombong NR-REE - Saarani
Jumlah royalti yang diterima menerusi projek di atas tanah berkeluasan 87.4 hektar itu merupakan hasil 10 kali pengeksportan bahan nadir bumi itu kepada negara China.

KPDN adakan perbincangan kaedah pembahagian royalti artis
Beberapa siri perbincangan jawatankuasa bertindak bagi isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air dilaksanakan KPDN khususnya dalam meneliti kaedah pembahagian royalti.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

KPDN cadang tubuh jawatankuasa selesai isu industri muzik rakaman
Antara yang akan dibincangkan ialah isu pengiraan royalti, isu badan pelesenan dan perlindungan ke atas pemilik hak cipta.