PERBICARAAN kes saman Arm ke atas Qualcomm atas isu pembayaran royalti kini telah bermula di mahkamah Delaware.

Arm menyaman Qualcomm kerana menggunakan kadar bayaran royalti lebih rendah dalam rekaan CPU Oryon yang dibangunkan oleh Nuvia.

Kadar bayaran royalti lesen ARM yang dibayar oleh Nuvia adalah lebih tinggi.

Qualcomm telah pun mengambil alih Nuvia pada tahun 2021.

Kerana kadar royalti yang lebih rendah, Arm kehilangan pendapatan sekitar $50 juta (~RM 222 juta).

Qualcomm dilaporkan membayar $300 juta (~RM 1.33 bilion) setahun kepada Arm untuk lesen sedia ada.

Selain saman, Arm juga meminta rekaan cip yang dilakukan Nuvia perlu dimusnahkan keran pelanggaran lesen.

Pada Oktober lalu Arm nekad membatalkan lesen yang dipegang oleh Qualcomm sebagai balasan selepas kedua-dua syarikat gagal menyelesaikan perbalahan mereka di luar mahkamah.

Impak kes yang dibicarakan ini adalah tinggi kerana hampir kesemua cip yang dikeluarkan oleh Qualcomm seperti siri Snapdragon pada waktu ini menggunakan senibina Arm.

Bulan lalu akhirnya mereka menghasilkan cip RISC-V tetapi ia adalah untuk kegunaan perkomputeran rintis.

Sumber: Bloomberg