NAMPAKNYA krisis antara dua penghibur terkenal, Taylor Swift dan Kanye West, berhubung penggunaan nama Taylor dalam rangkaian lirik yang agak tidak sopan, masih belum selesai.
Perbalahan antara mereka kembali tercetus tetapi kali ini dengan campur tangan isteri Kanye, Kim Kadarshian.
Baru-baru ini, Kim memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagramnya, yang memaparkan perbualan telefon antara Kanye dengan Swift mengenai rangkap lirik lagu, Famous.
Selebriti program realiti itu mendakwa rakaman video tersebut membuktikan Swift telah membenarkan Kanye untuk menggunakan lirik kontroversi mengenai dirinya.
Dalam salah satu klip, Swift dilihat berkata, “Saya amat gembira anda menunjukkan hormat dengan menghubungi saya dan memberitahu tentang kebimbangan anda berhubung lagu itu.”
Bagaimanapun, Swift kemudian mengeluarkan satu kenyataan dengan mengatakan: “Anda tidak boleh meluluskan sesebuah lagu yang anda tidak pernah dengar.”
Menerusi laman Instagramnya, penyanyi berusia 26 tahun itu menafikan bahawa dia telah meluluskan rangkap lirik itu, serta mendakwa Kanye tidak berpegang kepada janjinya - untuk memainkan lagu itu di hadapannya sebelum ia dilancarkan.
“Dia janji untuk mainkan lagu itu untuk saya, tetapi dia tidak melakukannya. Anda tidak boleh meluluskan sesebuah lagu yang anda tidak pernah dengar,” tambahnya.
Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Swift.
Perbalahan antara mereka timbul pada awal tahun ini gara-gara tindakan Kanye meletakkan nama Swift dalam rangkaian lirik yang berbunyi agak tidak sopan dalam lagu Famous.
Dalam satu rangkap lagu berkenaan, Kanye menyatakan dia mahu meniduri Swift kerana mendakwa dia bertanggungjawab menjadikan wanita itu popular.
Kohilah Sekaran
Mon Jul 18 2016
Baru-baru ini, Kim Kadarshian memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagramnya, yang memaparkan perbualan telefon antara Kanye West dengan Taylor Swift mengenai rangkap lirik lagu, Famous.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.