Bermula sebagai seorang penyanyi dan pelakon, kini nama Mark Adam dijulang di pentas komedi apabila menerima habuan wang tunai RM100,000 dalam sebuah pertandingan realiti semalam.
Mark yang dinobatkan sebagai juara bagaimanapun tidak pernah terfikir bahawa kemenangan itu akan berpihak kepadanya sekali gus menewaskan barisan pelawak handalan lain seperti Achey, Issey, Shuk dan Ajak.
“Sekiranya anda terfikir untuk melakukan sesuatu, anda hanya perlu cuba untuk melakukannya.
"Segala kemampuan kita akan terbukti sekiranya kita berani untuk mencuba dan berikan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan,” ujar Mark ketika dihubungi Astro AWANI.
Lebih mengejutkan apabila penyanyi lagu Pencuri itu membuat pengumuman untuk berkongsi hadiah kemenangannya dengan memberikan wang tunai bernilai RM15,000 kepada setiap peserta.
“Bagi saya, rezeki itu untuk dikongsi memandangkan kami di belakang tabir sudah seperti sebuah keluarga. Kalau ada sesiapa yang kurang, kami akan bantu antara satu sama lain,” tambahnya lagi.
Tambahnya lagi, baki wang kemenangan itu akan digunakan sebaiknya untuk ahli keluarga dan mengadakan kenduri kesyukuran bersama-sama peminatnya untuk berkongsi kegembiraan atas kemenangannya itu.
Antara selebriti lain yang turut mewarnai pentas komedi itu ialah Khir Rahman, Uqasha Senrose, Shahrul Shiro, Anne Achey (Isteri Achey) dan Syafiq Kyle.
Rancangan terbitan sebuah stesen televisyen swasta yang diadili Saiful Apek itu telah disiarkan selama tujuh minggu pada jam 10 malam setiap Ahad bermula 14 Januari lalu.
Wafa Aula
Mon Mar 05 2018

Mark Adam membuat pengumuman untuk berkongsi hadiah kemenangannya dengan memberikan wang tunai bernilai RM15,000 kepada setiap peserta. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

EURO 2024: Hadiah RM1.68 bilion menanti 24 pasukan bertanding
Juara boleh memperoleh maksimum 28.25 juta euro (RM143.8 juta) jika mereka memenangi ketiga-tiga perlawanan kumpulan.

WTF: Kenaikan hadiah kemenangan tingkatkan prestasi permainan - Aaron
"Dapat wang hadiah kemenangan seperti dapat 'ang pau'. Secara amnya, wang ditawarkan bagus untuk sukan badminton."

Man Raja Lawak sediakan RM50,000 untuk bantu rakyat Malaysia yang susah
Man Raja Lawak guna duit kemenangan Maharaja Lawak Mega hulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Ini tindakan dan pesanan Mark Adam selepas menang hadiah RM100,000
Mark tidak pernah terfikir bahawa kemenangan itu akan berpihak kepadanya sekali gus menewaskan barisan pelawak handalan yang lain.