BERITA pemergian pemuzik terkenal, Faizal Uzir atau lebih mesra disapa Lok-U tidak hanya disambut dengan kesedihan dan kedukaan dalam kalangan keluarganya.
Bahkan, dalam kalangan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham tidak ketinggalan bersedih pemergian seorang pemuzik yang disifatkan mereka sebagai berjiwa besar.
Antara artis yang amat terkesan dengan pemergian Lok-U ialah penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila, Misha Omar.
Menurut Misha, amat pahit untuk dia menerima berita pemergian Lok-U kerana Allahyarham seorang pemuzik yang bijaksana.
Pemergian Lok-U juga, kata Misha, membawa kecintaan dan dedikasi Allahyarham pada muzik seperti mana dua pemuzik lain yang sebelum ini terlebih dahulu meninggalkannya iaitu Allahyarham Kelly dan Allahyarham Ajie.
"Kalau boleh saya tidak mahu mereka semua pergi dahulu, namun apa kemampuan yang kita ada, Allah lebih menyayangi mereka.
"Saya tergamam dan benar-benar kehilangan kata," kata Misha Omar berkongsi perasaannya dengan Astro AWANI.
BACA: Arwah Lok-Yu rindu anak perempuan, hitung hari jemput di asrama
BACA: "Kalau aku tiada, kongsilah video aku..." - Pembantu peribadi terkenang kata-kata akhir Lok-U
Bagi artis terkenal, Erra Fazira pula, Allahyarham Lok-U memiliki keperibadian yang menawan sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.
Kata penyanyi dan pelakon ternama itu, Allahyarham Lok-U memiliki karakter yang sederhana, mudah didekati dan sangat ceria.
"Hanya Allah yang dapat membalas kebaikannya dan moga Allah tempatkan Allayarham di kalangan hambaNya yang beriman... amin," kata Erra meninggalkan nota di akaun media sosial peribadinya.
Seperti sebilangan besar rakan-rakan lain, penyanyi terkenal, Liza Hanim tidak terkecuali berasa tergamam dan terkejut sebaik mendapat berita pemergian Lok-U.
"Speechless... I am lost of words. Semoga keluarga Allahyarham Faizal Uzir (Lok-U) tabah, redha dan sabar di dalam menghadapai ujian ini," tulis Liza berkongsi nota kesedihan di akaun media sosialnya.
Tidak ketinggalan berkongsi rasa sedih ialah penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi yang menyifatkan pemergian Lok-U sebagai kehilangan insan seni yang hebat.
Sementara itu, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun berkongsi pandangan yang serupa dengan Haiza bahawa pemergian Allahyarham Lok-U merupakan kehilangan yang besar.
Di akaun Twitter peribadinya, Hafiz turut berkongsi tangkapan skrin perbualan beliau dengan Allahyarham
dalam aplikasi WhatsApp.
Selain menghantar mesej Tahun Baharu 2020, Allahyarham Lok-U turut memaklumkan kesediannya bekerjasama dengan Hafiz dalam apa-apa program yang dirancang.
Berbeza dengan rakan artis lain, komposer ternama Helen Yap mempunyai sebab untuk bersedih kerana dia secara peribadi mempunyai pengalaman yang cukup dekat dengan Allahyarham Lok-U.
"Dia bekerjasama dengan saya ketika di awal pembabitannya dalam bidang muzik dan secara berperingkat dia (Lok-U) menemui tapak untuk bergelar seorang pengarah muzik dan pemain keyboard.
"Saya tentu sekali akan mengenangnya sebagai seorang yang ceria dan mempunyai bakat luar biasa. Dia sangat berbakat dan mempunyai potensi yang cukup besar. Ini merupakan kehilangan yang sangat besar untuk industri muzik Malaysia," tulis Helen di Facebook peribadinya.
Turut meluahkan perasaan mengenai kehilangan Lok-U ialah penyanyi Mark Adam serta dua pelawak terkenal, Syuk dan Shuaib.
Pemergian Lok-U pada usia 46 tahun pagi ini mengejutkan seluruh industri muzik tanah air.
Lok-U dikatakan mengalami sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.
Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.
BACA: Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia
Astro Awani
Wed Jan 22 2020
Kalangan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Lok-U bersedih dengan pemergian seorang pemuzik yang berjiwa besar. - Gambar Facebook FAIZAL UZIR LOK-U
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
'Tak sempat nak kerja bersama Ahad ini' - Sophia Liana akan dedikasi lagu buat Lok U
Sophia berkata, jika mengikut perancangan, dia akan menyanyikan sebuah lagu sambil diiringi Lok U selaku pemuzik pada minggu ini.
Industri muzik berduka, pemergian Lok-U dirasai rakan-rakan artis
Kalangan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Lok-U bersedih dengan pemergian seorang pemuzik yang berjiwa besar.
Arwah Lok-U rindu anak perempuan, hitung hari jemput di asrama
Baru tiga hari berpisah dengan anak bongsunya yang duduk di asrama, namun kerinduan Allahyarham Lok-U pada Yasmin Damia sukar dibendung.
"Kalau aku tiada, kongsilah video aku..." - Pembantu peribadi terkenang kata-kata akhir Lok-U
"Kalau aku tiada, kaulah harapan untuk kongsi video-video itu kalau ada kawan-kawan rindu, kau kongsilah..."
Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia
Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi ini.