AKTOR Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris, 64, masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan selama 12 jam di Hospital Serdang pada minggu lalu.
Namun Remy atau pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 40, bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ibunya yang baru sahaja sedar dari pembedahan selepas dipindahkan ke CICU (cardiac intensive care unit) di hospital yang sama.
"Doktor memberitahu keadaan mak masih kritikal meskipun sudah pun selesai pembedahan selama 12 jam itu.
"Hati saya tidak tenang dan tidak dapat tidur selama pembedahan itu kerana ia terlalu lama dan doktor memberitahu ia pembedahan terbesar yang melibatkan tiga bahagian dalam jantung iaitu injap, selaput dan satu bahagian dalam jantung.
"Namun saya bersyukur bila mak saya dapat sedarkan diri hari ini (Khamis) dan dia masih mengingati anak-anaknya termasuk memanggil nama saya.
"Tapi doktor kata dia masih kritikal dan kemungkinan memerlukan pembedahan untuk kali kedua tidak lama lagi," katanya kepada Astro Gempak.
Remy ditemui Gempak selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat anjuran Astro Shaw yang diadakan secara sederhana di Astro Bukit Jalil.
Ibu Remy dikejarkan ke Hospital Serdang dari Hospital Besar Melaka selepas mengalami komplikasi jantung yang kritikal minggu lalu.
Menceritakan detik saat di beritahu ibunya sudah tiada harapan untuk hidup, Remy memberitahu dia panik dan terkejut malah dia juga dimasukkan ke hospital akibat panik.
"Bila doktor beritahu yang mak saya sebenarnya tak boleh diselamatkan dan hanya ada harapan 50-50 saya ketika itu benar-benar terkejut dan panik.
"Kepala dan dada saya sakit dan doktor minta saya ke kecemasan. Doktor buat pemeriksaan dan beritahu saya alami kejutan dan terpaksa menahan saya selama sehari di wad sehingga saya stabil," ceritanya.
Justeru, pelakon Sangkar itu masih mengharapkan doa semua supaya mendoakan agar ada keajaiban buat ibunya meskipun sudah cuba reda apa yang akan berlaku.
"Doktor cakap apa yang boleh kami lakukan sekarang berdoa sahaja kerana harapan untuk mak saya hidup sangat nipis.
"Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membuat bacaan yasin serta doa selamat untuk mak saya dan saya juga ingin memohon doa orang ramai untuk mak saya agar ada keajaiban berlaku insya-Allah," ujarnya.
Terdahulu menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Remy memaklumkan ibunya sedang kritikal di Hospital Besar Melaka dan turut memohon doa orang ramai.
Artikel asal ini diterbitkan di Astro GEMPAK
Gempak
Fri Sep 02 2022
Remy atau pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 40, bersyukur kerana dapat berjumpa dengan ibunya yang baru sahaja sedar dari pembedahan selepas dipindahkan ke CICU (cardiac intensive care unit) di hospital yang sama. - Foto Astro GEMPAK
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Ibu masih kritikal, Remy Ishak mohon doa semua
Aktor Remy Ishak memaklumkan ibunya, Basrah Md Deris, 64, masih berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan selama 12 jam di Hospital Serdang pada minggu lalu.