IKON fesyen Wak Doyok menjelaskan hubungannya dengan bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim hanyalah sekadar teman rapat.
“Secara jujurnya saya dan dia hanya berkawan dan dia merupakan sahabat saya yang paling rapat.
“Saya selesa dengan dia, lagipun kami berdua mempunyai minat yang sama dalam bidang fesyen. Kami sering juga sering berbual dan bertukar-tukar pendapat mengenai bidang tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tudung Warisan Dayang bertempat di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagaimanapun Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 35, tidak menolak sekiranya wanita itu adalah jodoh yang ditentukan tuhan untuk dirinya.
“Hubungan kami tidak lebih sekadar kawan, dia bukan orang sebarangan jika nak dibandingkan dengan saya ini apalah sangat.
“Saya rasa tak salah pun untuk kami berkawan memandangkan masing-masing masih belum berpunya.
“Dia baik dengan saya jadi saya pun baik dengan dia, cuma kalau ditakdirkan ada jodoh kami bersama tunggu sajalah kad jemputan sampai,” selorohnya.
Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan mereka timbul apabila Wak Doyok dan Azrinaz sering dilihat menghadiri majlis bersama.
Dalam perkembangan lain, Wak Doyok telah menerima jemputan temuramah di beberapa stesen televisyen Indonesia dan akan berangkat ke negara itu dalam masa terdekat.
Selain itu, Wak Doyok juga bakal membuka cawangan kedai gunting rambut di Jepun bersama seorang rakan kongsi di sana.
Gempak
Wed Jun 15 2016
Spekulasi mengenai hubungan mereka timbul apabila Wak Doyok dan Azrinaz sering dilihat menghadiri majlis bersama. - Foto Astro Gempak
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Bapa Azrinaz Mazhar meninggal dunia
Bapa bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, Hakim Mazhar Mohammad Johar dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Cinta dan kasih Azrinaz buat Areesya Malaykha
Majlis cukur jambul dan akikah anak Azrinaz Mazhar Hakim berlangsung mewah namun sangat elegan.
Areesya Malaykha, cantiknya nama anak Azrinaz Mazhar Hakim
Comelnya awak ni baby girl.
Tahniah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat lahirkan bayi perempuan
Azrinaz selamat melahirkan anaknya perempuannya itu pada jam 10.20 pagi dengan berat 2.75 kilogram, pada Ahad.
Azrinaz Mazhar Hakim umum kehamilan ketiga
Ini merupakan kehamilan pertama buat Azrinaz hasil pernikahannya dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei tahun lalu.
Azrinaz Mazhar Hakim terharu terima kejutan ...
Kejutan daripada suami sempena hari jadi dengan memberi sekotak bunga Ros buat Azrinaz Mazhar Hakim terharu.
"Tak nak buat comeback dalam dunia penyiaran ke?" - Netizen rindu aksi Azrinaz
Pengantin baru, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami yang kini sedang bercuti di Palestin berkongsi gambar menarik mereka ketika berada di sana.
"I dah kata suami orang bukan 'taste' I" - Azrinaz Mazhar Hakim
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim menjelaskan suami orang bukanlah lelaki yang menjadi idamannya.
Tiada bulan madu, Azrinaz dan Feroz mahu bercuti ke Palestin
Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami, Feroz Khan yang selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Mei lalu tidak merancang untuk pergi berbulan madu.
Sah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah 1 Mei lalu
Personaliti terkenal tanah air, Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah dengan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei lalu.