Pada Jumaat, Astro Gempak mengeluarkan artikel mengenai pelakon dan pelawak Zizan Razak mengaku banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan aktres Emma Maembong sehingga mereka berpisah.

Tidak lama selepas itu Zizan telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai di laman Instagram miliknya iaitu Zizanrazak869.

Menerusi foto tersebut, Zizan telah menulis kapsyen tanda syukur kehadrat ilahi dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan hubungan mereka sehingga kembali pulih seperti sedia kala.

“Alhamdulillah..terima kasih Allah…terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua..i love you sayang,” luah Zizan menerusi foto tersebut.

Foto tersebut menerima respon positif oleh pengikut dan peminat setianya yang rata-rata mendoakan hubungan mereka baik seperti sedia kala dan berharap agar pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.


zizan


Sebelum ini, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pengakuan Emma Maembong yang mendakwa hubungan cintanya dengan Zizan Razak telah berakhir.

Punca utama mereka berpisah disebabkan timbul salah faham di antara mereka di samping tindakan pelawak kelahiran Terengganu itu yang sering menghabiskan masa dengan aktiviti kereta sehingga melupakan Emma yang terpaksa bersabar dengan sikapnya.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai perpisahan mereka sehingga turut mengaitkan pelakon Kamal Adli yang kononnya menjadi punca keretakan hubungan cinta pasangan ini.

Kamal yang terkejut dengan tuduhan tersebut menafikan sekeras-kerasnya khabar angin itu yang disifatkannya hanya akan lebih memburukkan keadaan. - Astro Gempak