KUALA LUMPUR: Budaya memarahi artis secara langsung yang sekali gus menjatuhkan air muka mereka, harus dihentikan segera.
Hal itu diluahkan pengarah muzik dan penerbit, Aubrey Suwito, yang berpendapat ada cara lain untuk memberi teguran tegas kepada artis yang menyertai program televisyen berbentuk pertandingan.
"Secara peribadi, saya rasa ‘on-air humiliation’ perlu dihentikan. Nak marah, pergi ke bilik persalinan dia selepas habis persembahan.
"Kepada semua artis yang pernah dikritik di kaca TV, tabahlah! Terus menjadi diri sendiri. Berusaha perbaiki diri tetapi kekal dengan kekuatan dan gaya muzik anda," tulisnya dalam beberapa ciapan di Twitter.
Baru-baru ini, kontroversi tercetus susulan penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program televisyen, diberi teguran agak kasar oleh salah seorang juri, apabila gagal menyampaikan lagu Jampi yang diubah menjadi irama keroncong dengan baik.
Dalam pada itu, Aubrey yang sering bekerjasama dengan penyanyi terhebat negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ernie Zakri dan ramai lagi berkata, penyanyi tidak seharusnya ditekan untuk menjadi versatil, sebaliknya diberi ruang untuk membina identiti dan bakat mengikut kapasiti sendiri.
"Genre muzik berbeza. Ia memerlukan kekuatan, gaya dan bakat yang berbeza. Adakah anda menjangkakan seorang pemain bola sepak juga akan menjadi pemain tenis dan hoki yang hebat?
"Benar, ada sesetengah artis boleh menyanyikan pelbagai genre dengan mudah, tetapi adakah itu sahaja yang kita mahukan? Adakah itu sangat penting? Adakah kita suka Anuar Zain dan Sheila Majid kerana mereka versatil?
"Tetapi di sini, setiap minggu stesen televisyen mengharapkan artis untuk menjadi versatil, dan mencabar mereka menyanyi setiap genre yang wujud dan mengharapkan persembahan terbaik. Kalau Blackpink di sini, kita mungkin akan menjangkakan mereka menyanyi lagu asli satu hari nanti," tulisnya.
Industri muzik yang hebat, tegas Aubrey, adalah industri yang mempunyai dan meraikan kepelbagaian genre yang dipersembahkan artis.
Jelas pencipta lagu Gemilang itu lagi, masyarakat harus menukar fokus kepada kekuatan dan keunikan artis dan bukannya mahu mengaibkan mereka.
"Ingat bekas pemenang American Idol, Adam Lambert? Apa-apa lagu pun, dia buat dengan caranya sendiri. Itulah muzik, itulah pembangunan artistik," ujarnya.
Madiha Abdullah
Tue Jan 24 2023

Menurut Aubrey Suwito, trend program hiburan 'memaksa' artis menjadi versatil sebagai tidak sihat. - Gambar Facebook AUBREY SUWITO

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

Dituduh kerap jadi penerbit album Siti Nurhaliza hingga hilang kualiti, ini jawapan Aubrey Suwito
Aubrey menjawab kenyataan peminat Siti Nurhaliza yang dilihat kurang bersetuju apabila penyanyi itu masih lagi menggunakan khidmatnya sebagai penerbit album.

Larut dalam alunan indah Dayang Nurfaizah
Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di DFP bukti irama Melayu klasik berada di kelas tersendiri.

"Hentikan budaya kritik, jatuhkan air muka artis di TV" - Aubrey bidas cara pengkritik program realiti
Aubrey berpendapat ada cara lain untuk memberi teguran tegas kepada artis.

Dituduh perli Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito beri penjelasan komen "the knives are out"
Segalanya bermula apabila produser muzik, JD mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah membuat persembahan di kota tersebut.

Terang terjemah aspirasi kasih sayang Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza kini muncul dengan single terbaharu berjudul Terang

Krisdayanti janji persembahan luar biasa pada malam Konsert Romansa Krisdayanti
Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti menjanjikan persembahan luar biasa dan istimewa kepada para peminatnya pada malam Konsert Romansa Krisdayanti Februari tahun hadapan.