DAYANG Nurfaizah sudah membuka jalan yang luas untuk membuktikan lagu-lagu Melayu klasik boleh diangkat pada kedudukan yang sangat tinggi.
Sekalipun, masyarakat hari ini ralit dengan unsur-unsur kemajuan, namun, sekiranya tidak lupa akar umbi, khazanah silam mempunyai masa depan yang sangat cerah untuk dipelihara.
Demikian usaha yang dirintis penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu ketika memikul tugas memberikan nafas baharu pada irama yang tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas itu.
Pementasan Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) hujung minggu lalu memperlihatkan usaha Dayang memupuk rasa cinta pada karya-karya ciptaan dan nyanyian penyanyi-penyanyi lama dalam kalangan pendengar kontemporari benar-benar serius.
Siapa sangka lagu-lagu yang sudah berdekad usianya itu memberikan terjemahan baharu yang bersifat segar, namun, tidak hilang seri dan keasliannya.
Alunan suara gemersik Dayang yang diadun dalam susunan muzik bersama pemuzik-pemuzik handalan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) benar-benar membawa penonton terbuai dalam emosi yang sama.
Dayang dan penonton-penonton pada malam itu seakan terbang bersama-sama untuk mengenang dan memberi rasa hormat pada karya-karya Melayu klasik itu.
Tanpa menjadikan tapak popularitinya sebagai penyanyi R&B sebagai batasan, Dayang membuktikan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Justeru, tidak hairan alunan lagu berentak bossanova, rumba dan cha cha serta irama klasik dipersembahkannya dengan penuh berhati-hati, namun, masih menawan.
Ternyata, pengalaman luas dalam bidang seni yang sudah menjangkau lebih dua dekad mengatur vokal Dayang pada laras dan kedudukan yang sangat konsisten sejak dari hingga ke penghujung Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu.
Pengisian pementasan berpasak pada matlamatnya membawa kembali ingatan khalayak pada kemurniaan lagu-lagu Melayu yang pernah menyentuh emosi generasi pendengar yang pernah membesar di era kegemilangan seniman dan seniwati tersohor negara seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham
Puan Sri Saloma, Allahyarham Tan Sri SM Salim, Allahyarham Datuk Ahmad Jais dan ramai lagi.
Justeru, alunan 17 buah lagu yang diberi nafas baharu oleh Dayang atau nama sebenar, Dayang Nurfaizah Awang Dowty terasa sangat dekat dengan pendengar pada malam istimewa itu.
Tudung Periuk, Tari Tualang Tiga, Mengapa Dirindu, Dari Hati Ke Hati, Sejak Ku Bertemu Padamu, Malam Ku Bermimpi, Kenang Daku Dalam Doamu, Nak Dara Rindu dan Gurindam Jiwa misalnya, didendangkannya dengan indah sekali.
“Lagu yang Dayang nyanyikan malam ini mencabar kerana emosinya naik turun. Tetapi hendak buat macam mana, susunan lagu itu Dayang buat sendiri” kata Dayang berkongsi cerita dengan penonton yang memenuhi DFP.
Dia juga memilih menyampaikan lagu Jauh Di Mata, Tak Seindah Wajah, Ketipang Payung dan lagu baharu berjudul Rindu Menyapa ciptaan Aubrey Suwito dan lirik tulisan Datuk Habsah Hassan yang semuanya terkandung dalam album Belagu II.
Pementasan Dayang pada malam itu diiringi pemuzik MPO di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose serta penerbit album Belagu dan Belagu II, Aubrey Suwito.
Ketika ini, Dayang tidak perlu lagi gusar atau resah untuk memikirkan apakah usahanya itu diterima oleh masyarakat.
Ini kerana, jalan yang dirintisnya sudah mula memperlihatkan hasilnya.
Sekalipun, jumlah yang hadir menonton persembahannya tidak terlalu besar, namun, kejayaan konsert dan album Belagu I dan II sudah boleh menjadi tanda aras yang tinggi untuk menjadi rujukan oleh industri muzik.
“Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk bersama dengan MPO. Ini sangat berharga buat Dayang.
“Dayang fikir aturan Tuhan cukup cantik kerana selepas Dayang muncul dengan album Belagu II, tawaran untuk mengadakan konsert ini tiba.
“Dayang terharu melihat sambutan penonton. Walaupun penat, namun, sambutan diberi dan melihat mereka
terhibur dengan menyanyi dan menari bersama menjadikan Dayang lebih bersemangat.
“Dayang lihat objektif memperkenalkan lagu klasik kepada khalayak dan mahu mereka menghargainya, sudah tercapai,” kata Dayang penuh optimis.
Saharudin Musthafa
Fri Mar 17 2023
Pementasan Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di DFP memperlihatkan usaha Dayang memupuk rasa cinta pada karya-karya ciptaan dan nyanyian penyanyi-penyanyi lama dalam kalangan pendengar benar-benar serius. - Gambar ihsan DFP
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Larut dalam alunan indah Dayang Nurfaizah
Konsert Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu di DFP bukti irama Melayu klasik berada di kelas tersendiri.