Bekas pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman berkongsi keadaan tahap kesihatannya yang semakin menurun sejak kebelakangan ini menerusi akaun Facebooknya, semalam.
Bob atau Mohd Hakim Lokman, 54 tahun, berkata dia menyedari bahawa kegembiraan yang dilaluinya sebelum ini telah berubah dan tidak sama seperti dahulu.
“Assalamualaikum Sahabat. Aku jumpa doktor lagi hari ini, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, 'standard' sudah berubah.
“Selera makanan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.... Kau fahamlah. Cuma masih ada rasa untuk mencari peluang terbaik seterusnya.
“Sahabat, hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan, dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai di sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki,” tambahnya
BACA: Bob Lokman dikejarkan ke hospital akibat masalah jantung, paru-paru
Dalam pada itu, Bob turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakannya.
“Sahabat, terima kasih atas segala bantuan dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dengan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz,” katanya.
Selain itu, penulis lirik lagu Isabella yang dipopularkan oleh kumpulan Search itu juga turut berpesan kepada pengikutnya di laman sosial untuk mempertahankan agama Islam.
"Dan aku berpesan dalam kelemahan... pertahankanlah Islam... kerana itulah benteng terakhir yang aku perjuangkan," katanya lagi.
Bob sebelum ini pernah dmasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat mengalami masalah jantung dan paru-paru pada awal Januari lalu.
Syakirah Zulkifly
Tue Mar 27 2018

Bob sebelum ini pernah dmasukkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat mengalami masalah jantung dan paru-paru pada awal Januari lalu. - Foto Facebook/Bob Lokman

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hilang tiada ganti... pemergian selebriti tanah air sepanjang 2022
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya.

Belasungkawa: Bob Lokman tinggalkan warisan seni yang melekat sehingga kini
Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahyarham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Bob Lokman pesan teruskan perusahaan makanan - Anak
Omar Hakim berkata, selain seorang penulis lirik, pelakon dan pelawak, bapanya juga memiliki kemahiran memasak.

Jenazah Bob Lokman selamat dikebumikan
Jenazah penulis lirik, pelakon dan pelawak, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Pulai Hilir, Kubang Kerian sekitar jam 9.30 malam tadi.

Bob Lokman meninggal dunia
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Bob Lokman beransur pulih selepas 17 hari dirawat di hospital
Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat IACD untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah.

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.

Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Tangguh hasrat berdakwah, Bob Lokman masuk hospital semula
Get well soon abang Bob!

Bob Lokman dimasukkan ke hospital sekali lagi
Menurut isteri Bob, Relawati Daud keadaan penulis lirik itu yang menghidapi penyakit buah pinggang bertambah membimbangkan apabila dia menerima kesan alahan selepas mengambil ubat.