SELEPAS 14 tahun, ikatan perkahwinan di antara pelawak, Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akhirnya terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 57, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Dr Jezamine, 41, pada 24 Jun lalu.
Peguam mewakili pasangan itu, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihak mereka memfailkan dua permohonan iaitu perceraian dan nafkah.
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.
Akberdin turut memaklumkan punca perceraian adalah kerana tiada persefahaman.
Terdahulu, Harith Iskander dan Dr Jezamine tiba di mahkamah secara berasingan pada jam 11.50 pagi.
Kedua-duanya memilih untuk menjalankan perbicaraan secara tertutup atas alasan enggan berkongsi isu rumah tangga mereka kepada umum.
Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun.
Madiha Abdullah
Thu Jul 25 2024
![Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721889769_tbharithiskanderk.jpg)
Harith Iskander dan Dr Jezamine ketika tiba di mahkamah pada jam 11.50 pagi. -Gempak
![Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704453707_TBSingapuraCuaca.jpg)
Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi - Laporan
Ancaman keganasan terhadap Singapura masih tinggi walaupun tiada petunjuk serangan akan berlaku dalam masa terdekat, menurut satu laporan rasmi pada Khamis, lapor Xinhua.
AWANI 7:45 [25/07/2024] - Capai lebih sasaran | Kerugian sukar diganti | Lebih 90 peratus ada air
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
- Lebih 142,000 ribu bankrap diselamatkan.
- Jenayah alam, susahkan negara, menyusahkan rakyat.
- Berbaki kurang 10 peratus tiada bekalan air
- Skuad memanah negara mahu cipta sejarah Sukan Olimpik.
- Lebih 142,000 ribu bankrap diselamatkan.
- Jenayah alam, susahkan negara, menyusahkan rakyat.
- Berbaki kurang 10 peratus tiada bekalan air
- Skuad memanah negara mahu cipta sejarah Sukan Olimpik.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698295386_TBgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh Siti Farah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715172474_AzalinaOthman.jpg)
Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaras dengan amalan terbaik global dalam masa terdekat.
Selangor perlu manfaatkan pembolehdaya dasar kerajaan
Memetik beberapa dorongan dan pembolehdaya dasar kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Strategi Pelaburan Hijau (GIS) yang dilancarkan baru-baru ini, jelasnya ia dapat membantu Selangor membangunkan industri pembuatan yang lestari.
![Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721913559_TBolimpik.jpg)
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
UKM lancar perkhidmatan sihat @ UKM
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
[TERKINI] Ikat jamin pasangan didakwa bekal pistol kepada warga Israel ditolak
Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini, menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lalu.
Aksi atlet Malaysia bermula hari ini
Skuad memanah memulakan misi untuk meraih pingat dalam temasya Olimpik Paris 2024 dengan beraksi di pusingan ranking individu yang berlangsung hari ini.
![Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721889769_tbharithiskanderk.jpg)
Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.
![Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720754048_drjezaminelim.jpg)
Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.
![Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720524217_HarithIskandar.jpg)
Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Dr Jezamine bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.
![Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686200275_FahmiFadzil.jpg)
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
!['Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam 'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657496136_TakLawakLangsung.jpg)
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
![Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640147201_harithiskandarsel.jpg)
Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.
![Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589538626_Filming.jpg)
Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Kelulusan diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.
![Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan Funniest Person In the World Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan Funniest Person In the World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51551168723_HarithIskander.jpg)
Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan "Funniest Person In the World"
Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila pihak penganjur The Laugh Factory masih tidak dapat melunaskan baki wang kemenangannya berjumlah 70,000 usd (RM 280,000).
!['Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki 'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/51541736057_afdlin-(2).jpg)
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.
![Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525629606_harithiskander.jpg)
Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat
Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.