JOHOR BAHRU: Keadaan pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu menggerakkan mata dan bibir.
Perkara itu dinyatakan isterinya, Norhamalini Ahmed, 54, ketika melawat Hamdan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada petang Isnin.
“Semalam (Isnin), saya ada melawat. Saya bisik kat telinga dia, ada respons. Gerak mata, gerak bibir, nak cakap...kita tak tahu, Alhamdulillah.
“Doktor cakap dos ubat tidur dia dah berkurangan, kalau okey hari ni (Selasa), doktor tak tambah dos ubat.
“Insya-Allah, saya rasa boleh sedar, mohon doa semua untuk Hamdan,” katanya pada Selasa.
Untuk rekod, Hamdan dikejarkan ke HSA pada Ahad setelah dilaporkan demam dan terjatuh.
Malah, keadaan Hamdan dilaporkan kritikal hingga terpaksa ditidurkan pada Isnin selepas terdapat jangkitan kuman di dalam darahnya.
Difahamkan, Hamdan berada di Johor Bahru bagi membuat persembahan sempena program Wonderful Night with Senariounion di sebuah hotel terkemuka di sini, bersama anggota-anggota Senario lain seperti Azlee, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Ilya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 02 2024

Keadaan Hamdan sebelum ini dilaporkan kritikal hingga terpaksa ditidurkan pada Isnin selepas terdapat jangkitan kuman di dalam darahnya. - Gambar fail

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Hamdan Senario
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ucap takziah kepada keluarga anggota kumpulan Senario Hamdan Ramli yang meninggal dunia tengah hari tadi.

Pemergian Hamdan Senario, industri hiburan kehilangan seorang lagi permata - Seniman
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, Hafiz menyatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah, komplikasi jantung dan buah pinggang.

Hamdan Senario meninggal dunia
Maklumat tersebut dimaklumkan oleh anak bongsunya, Nur Natasya Umairah.

Hamdan Senario tunjuk perkembangan positif
Keadaan pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, dilaporkan menunjukkan perkembangan positif apabila mampu menggerakkan mata dan bibir.