Kehadiran pelakon Ansel Elgort ke Kuala Lumpur pada minggu lalu menjadi trending di sosial media.

Ansel, 23, dalam rangka promosi filem terbaharunya Baby Driver dan memilih Kuala Lumpur sebagai negara yang mewakili destinasi Asia Tenggara.

Negara lain seperti Australia dan United Kingdom dilawati Ansel terlebih dahulu sebelum singgah ke Malaysia sejak hari Sabtu lalu.

Dalam rangka lawatannya ke Malaysia, Ansel bersama teman wanitanya seorang penari ballet, Violetta Komyshan, sempat berkunjung ke beberapa lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Antaranya Batu Caves, Kuil Chin Swee Caves, Central Market, Menara Berkembar Petronas dan lokasi tayangan perdana filem Baby Driver di pusat beli belah Pavilion.

Pelakon itu juga sempat merasai sendiri keenakan buah durian.

"Saya sangat sukakan rasanya. Terkejut apabila ada yang bergaduh mengatakan buah itu tidak wujud," katanya.

Keberadaan Ansel sehingga semalam mengundang rasa teruja peminatnya hingga ada yang sanggup berasak-asak ketika acara karpet merah tayangan perdana Baby Driver kelmarin.

Malah, akaun Instagram Ansel juga dihujani ucapan selamat datang dan ada yang memohon agar aktor muda itu kembali ke Malaysia pada masa akan datang.




Filem Baby Driver dilakonkan oleh Ansel bergandingan dengan Lily James, Jamie Foxx dan Eiza Gonzalez. Ia telah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak dua hari lalu.














Teks oleh: Amri Hassan
Kredit gambar: IG @carmelovarela