KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memperkenalkan kategori baharu, Filem Antarabangsa Terbaik dalam Festival Filem Malaysia 32 (FFM32) yang akan berlangsung di Melaka pada 2 Dis depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas Prof Md Nasir Ibrahim berkata kategori baharu itu diperkenalkan bertujuan untuk membawa festival filem tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Selama 30 tahun kita meraikan festival filem bertaraf nasional, jadi sudah sampai masanya untuk kita ada festival bertaraf antarabangsa.
"Dengan cara ini, ia akan menjadi penanda aras kepada filem tempatan untuk mencapai kualiti dan standard yang tinggi seperti mana filem antarabangsa," katanya dalam sidang media pertama FFM32 di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa FFM32 berkata pihaknya menyasarkan 10 negara luar antaranya Indonesia, Thailand, Singapura, India dan Pakistan akan menghantar penyertaan untuk dipertandingkan dalam kategori berkenaan.
"Kategori ini akan melibatkan penyertaan daripada juri antarabangsa dan juri tempatan yang berkelayakan dan berkaliber," katanya.
Selain itu, Md Nasir berkata Finas turut memperkenalkan tiga lagi kategori baharu di FFM32 iaitu Anugerah Seniman Sepanjang Zaman, Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman dan Anugerah Filem Pendek Terbaik.
"Bagi Anugerah Seniman Sepanjang Zaman dan Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman, ia adalah usaha kita untuk mengiktiraf mereka yang dianggap signifikan dalam konteks perkembangan industri filem negara," katanya.
FFM32 yang bertemakan 'Filem Kita, Citra Kita' adalah manifestasi kepada usaha kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dalam memperkasakan industri perfileman negara.
Pencalonan FFM32 dibuka mulai hari ini hingga 30 Sept depan, menampilkan 22 kategori dan sembilan anugerah, bagi filem yang ditayangkan di pawagam atau Astro First mulai 15 Julai 2021 hingga 30 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
Md Nasir berkata kategori baharu itu diperkenalkan bertujuan untuk membawa festival filem tempatan ke peringkat antarabangsa. - Gambar fail
#AWANIRingkas 29 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Disember 2024
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
1️⃣ Penganalisis jangka kontrak niaga FBM KLCI meningkat
2️⃣ Optimis usaha galak kerjasama serantau dengan China
3️⃣ Wajibkan peranti dijual di EU hanya guna pengecas USB-C
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan undang-undang bencana
Ikuti diskusi bersama Penasihat Undang-Undang Bencana IFRC, Padmini Nayagam mengenai kesiapsiagaan undang-undang bencana, 20 tahun selepas Tsunami terburuk melanda dunia.
JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
FBM KLCI dijangka meningkat
Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh aktiviti memperelokkan akaun akhir tahun.
Cuaca 2024: Rekod cuaca ekstrem dan usaha peralihan hijau
Tahun 2024 mencatatkan bencana cuaca ekstrem global, kerugian trilion dolar, dan usaha peralihan hijau dengan China memimpin pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Lebih 473 juta kanak-kanak hidup di kawasan konflik, menghadapi trauma, kekurangan zat makanan, dan kehilangan pendidikan. Gaza menjadi simbol mimpi ngeri kanak-kanak dunia.
Terima kasih atas segalanya, selamat maju jaya - Akhyar Rashid
Tonggak Terengganu, Akhyar, dalam satu ciapan X, berterima kasih kepada Pau Marti atas jasanya mengemudi Harimau Malaya.
Ringgit dijangka melemah di penghujung tahun
Ringgit dijangka mencatat penurunan minggu depan akibat kebimbangan geopolitik, isyarat pasaran tidak menentu, dan sentimen berhati-hati pelabur.
Kekejaman zionis: Korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Serangan berterusan Israel di Gaza menyaksikan angka korban meningkat kepada 45,484 dengan lebih 108,090 cedera, melibatkan serangan udara ke atas kem pelarian Maghazi.
Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
EU laksanakan undang-undang pengecas USB-C, memaksa peranti baharu, termasuk iPhone, menggunakan piawaian ini. Peraturan ini dijangka memberi kesan global.
Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
FINAS temui agensi perfileman ASEAN, bincang pembentukan komuniti serantau
FINAS juga ingin meneroka peluang untuk menganjurkan festival filem yang dapat membantu mengembangkan pasaran di rantau ASEAN.
Malaysia pertama kali sertai Festival Filem Antarabangsa Dili
Selain tayangan filem dari pelbagai negara, DIFF juga menampilkan pertandingan filem pendek dan bengkel untuk penggiat filem muda.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Pindaan akta Finas turut ambil kira aspek standard kontrak penggiat seni - Fahmi
Fahmi berkata perkara itu perlu ditambah baik dalam Akta Finas untuk memastikan aspek keselamatan sosial bagi pekerja industri kreatif di negara ini tidak diketepikan.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.