TAHNIAH diucapkan buat pasangan popular Fizo Omar dan isterinya Fazeera yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada Jumaat.

Untuk pengetahuan Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.

Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.

Manakala menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Seperti mana perkongsian di laman sosial, Facebook Fizo meluahkan rasa syukur ke atas kurniaan anak perempuan ketiganya.


Pada hari Jumaat, anak pasangan ini telah selamat menjengah dunia. Paling terharu apabila Fizo memberitahu dia berpeluang menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim isterinya.

"Syukur Ya Allah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal.

"Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang utk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang utk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. YA ALLAH.. tak terkata," kongsi Fizo yang turut memberitahu isterinya bersalin di Andorra Women and Children Hospital. - Mingguan Wanita