Berita pilu terbabit dikongsi Fattah menerusi sekeping foto memaparkan van jenazah di Instagramnya.
Sedih dengan perkhabaran berkenaan, Fattah turut berkongsi pengalaman manisnya membesar dengan kasih sayang datuknya itu.
"Maka dibawa bersama kenangan ketika kecil seringkali dibawa berjalan naik motor belakang Atok untuk ikut pergi ‘mengopi’.
"Kenangan duit rayaku dimasukkan terus di dalam poket bukan sampul raya, kenangan jadi cucu yang paling dimanjakan kerana ‘cucu sulung’ maka kenangan itu menghiasi sulam memori indah ketika kecil akan terpahat sehingga hari-hari mendatang Insya-Allah," katanya.
Dalam pada itu Fattah turut berdoa agar datuknya dimuliakan tempatnya dalam kalangan orang beriman.
"Moga pemergian Atok ku Musa Omar di hari penghulu segala hari di muliakan tempatnya di kalangan orang yang beriman... Amin," katanya.
Dalam pada itu, ruang komen di Instagram Fattah turut dibanjir dengan ucapan takziah daripada netizen serta rakan artis.
Antara yang kelihatan termasuklah isterinya sendiri, Fazura serta Alif Satar.