KECOH kejap dunia hiburan apabila pelakon Fathia Latiff memuat naik foto tidak bertudung di laman Instagram miliknya, @fatiyalatiff.
Miss K yakin, itu foto lama sebelum bertudung, tak mungkin Fathia 'cabut' tudung selepas berhijrah sejak April 2016?
Terkejut Miss K bila ada peminat jahat yang melabelkan Fathia kafir gara-gara foto tersebut.
Sabar semua! Kan Fathia dah bagitahu itu gambar lama.
Takkan Fathia tergamak nak muat naik foto dia bertocang tu!
Lagipun Fathia dah letak hashtag #tbpost, maknanya throwback post kan, tak gitu Fathia?
Tapi yang menjadi tanda tanya, bila Shahrizan turut memuat naik foto serupa di laman Instagram miliknya.
Shahrizan turut menyertakan sekali hashtag #AllRed #tb.
Selepas foto itu menjadi kontroversi, kedua-duanya telah memadamkan foto tersebut.
Miss K cuba berfikiran baik, husnudzon orang kata, tapi semuanya goyah selepas Miss K dihubungi oleh rakan lama Miss K, Sheena.
"Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas?
"Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting 'happy birthday to me', tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.
"Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas?
"Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu.
"Screen shot sebagai bahan bukti mesti kena ada Miss K. Takkanlah aku nak main tuduh dan serkap jarang je. Aku nampak, aku screen shot, aku tanya. Okay kan macam tu?" kata Sheena lagi.
Gitulah Sheena, bukan main lagi!
Selepas Miss K letak telefon, Miss K mula sangsi. Miss K memang tak dapat siasat kerana jawapan sebenar ada pada Fathia.
Mengambil jalan mudah, Miss K nak fikir positif je. Mungkin gambar tu memang gambar lama sebab Fathia perniagaan tudung Dara by Fathia Latiff, takkan dia tiba-tiba nak tanggalkan tudung kan?
Miss K: Sedar tak sedar 2017 hampir melabuhkan tirai. Apa azam baru anda?
Pssst...ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke gossipmissk@gmail.com
Gempak
Fri Dec 22 2017
Selepas foto itu menjadi kontroversi, kedua-dua Fathia dah Shahrizan telah memadamkan foto tersebut.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya
Belum ada kekasih, Fathia Latiff serah kepada Allah
Pelakon Fathia Latiff akui masih solo selepas hubungan percintaan bersama aktor Aiman Hakim Ridza terputus di tengah jalan.
Makin panas! Zarina Anjoulie dedah perbualan Whatsapp Fathia dan Aiman
Selepas perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.
"Aku tak pernah hutang sesiapa" - Aiman Hakim bidas dakwaan Fathia Latiff
Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan mendakwa Aiman tidak membayar hutang serta menggelarkan aktor itu dayus.
"Duit aku bila nak bayar?" - Fathia Latiff tuduh bekas kekasih, Aiman Hakim
Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mengundang kontroversi apabila mendedahkan bekas kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza tidak membayar hutangnya.
Kontroversi peluk bukan gimik - Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.
Saya tak ambil dadah - Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff memberitahu kesan lebam di kawasan matanya bukan kerana kesan pengambilan dadah.
Foto mesra Ismail Izzani bersama Zarina Ann Joulie tersebar
Dikatakan lokasi foto mesra tersebut diambil seakan-akan di sebuah kelab malam.
Fathia Latiff terkandas di Jerman, bagasi hilang
Pelakon Fathia Latiff bersama keluarganya terkandas di Jerman ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland.
Fathia Latiff saran block video lucah
Niat baik pelakon Fathia Latiff untuk menghadkan video lucah yang tular di media sosial akhirnya dikecam semula oleh netizen.