Aktres jelita, Farah Nabilah kini mengumumkan pengeluaran produk penjagaan dalaman dan luaran jenamanya sendiri, Fawaa Beauty.
Menurut Farah Nabilah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saifuddin, perancangan untuk mengeluarkan produknya ini bermula sejak tahun lepas dan produk tersebut merupakan perkongsian rahsia penjagaan kejelitaannya.
Walaupun sering sibuk di lokasi penggambaran dan aktiviti harian, Farah Nabilah sangat mementingkan penjagaan diri terutamanya secara luaran dan dalaman.
“Saya percaya kita mungkin boleh menutupi cela di wajah menggunakan alat solek. Namun, soal penjagaan dalaman diri pula bagaimana?
“Jika hanya menjaga kecantikan luaran saja namun mengabaikan hal dalaman pun tidak berguna. Penjagaan dalaman dan luaran itu perlu diimbangi,” kata pengasas produk Fawaa Beauty itu.
Menurut Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu, pengeluaran produk ini juga merupakan usaha untuk memberikan manfaat kepada orang lain terutamanya para peminatnya.
Turut berkongsi mengenai perkembangan kerjaya seninya, Farah kini sedang dalam proses penggambaran telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek edisi raya arahan Hadith Omar bergandingan dengan Fikry Ibrahim.
Tambah Farah, tahun ini juga dia ingin memberikan lebih tumpuan terhadap syarikat produksinya sendiri, Fawaadeanfilms.
Selain itu, aktres itu juga terbabit dengan kerja kemanusiaan bersama pertubuhan Asia Development Relief Foundation atau ADRF yang ditubuhkan di Korea Selatan sejak 22 tahun lalu.
Beliau memberitahu media bahawa penglibatannya itu merupakan ruang untuk ‘gives back’ kepada masyarakat.
Afiq Ariffin
Thu Jan 24 2019

FARAH Nabilah sangat mementingkan penjagaan diri dari segi dalaman serta luaran. -Foto Fawaa Beauty

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Pelakon Farah Nabilah perkenal putera kedua, Yusuf Gibran
Farah atau nama lengkapnya Farah Nabilah Saipuddin turut memperkenalkan nama puteranya itu sebagai Yusuf Gibran.

Farah Nabilah umum bakal timang cahaya mata kedua tak lama lagi
Farah atau mesra dipanggil Fawa memuatnaik video pendek dirinya di tepi pantai sedang mengusap perut dari pandangan sisi.

Terima wang hantaran RM77,777.77, Farah Nabilah bergelar isteri juruterbang
Aktres terkenal, Farah Nabilah, 27, selamat bergelar isteri kepada Mohammed Amirul Yunus, 28, pada jam 9.04 malam ini.

Farah Nabilah umum bakal kahwin juruterbang
Pelakon Farah Nabilah mengumumkan akan mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohammed Amirul Yunus yang merupakan seorang juruterbang.

Farah Nabilah kongsi gambar bersama ibu, Fikry Ibrahim tanya 'bila boleh jumpa mak?'
Keserasian antara kedua pelakon ini digemari peminat, buktinya drama bersiri terbabit bakal disambung dan akan bersiaran dalam versi istimewa sempena sambutan Hari Raya nanti.

Farah Nabilah kongsi rahsia kejelitaan
Aktres jelita, Farah Nabilah kini mengumumkan pengeluaran produk penjagaan dalaman dan luaran jenamanya sendiri, Fawaa Beauty.

Kasihannya, As'ad Motawh jatuh pentas 'runway'
Keterujaan penyanyi muda As'ad Motawh membuat persembahan tarian Green Alien Dance bertukar tragedi apabila dia terpelecok dan terjatuh ketika di tengah-tengah pentas.

Nabil rujuk Ustaz Don hal rumah tangga
Selebriti Ahmad Nabil Ahmad mengakui sering merujuk kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Neelofa akui Fazura pencabar terdekat
Kemenangan pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd Noor, menerusi kategori Top Top Meletop (Wanita) di Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) menjadi pertikaian sesetengah netizen.

Dijodohkan dengan Neelofa, ini jawapan Zul Ariffin
Pelakon Zul Ariffin mengakui bukan kali pertama peminat menjodohkannya dengan heroin gandingannya dalam drama lakonannya.