NAMPAKNYA peminat masih belum boleh melupakan gandingan antara pelawak Fikry Ibrahim dan pelakon Farah Nabilah dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek.

Buktinya, drama bersiri terbabit bakal disambung dan akan bersiaran dalam versi istimewa sempena sambutan Hari Raya nanti.

Keserasian antara kedua pelakon ini juga digemari oleh peminat yang merupakan penonton setia drama tempatan.

Fikry dan Farah juga saling usik mengusik antara satu sama lain.

Terbaru, Farah memuat naik sekeping foto bersama ibunya di sebuah acara di laman Instagram miliknya.

Us supporting @mimpi_kita & @fiziwoo last night. #TheWeddingKL

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on


Menariknya, Fikry meninggalkan komen di entri tersebut, seakan mahu mengusik Farah.



Pada masa yang sama, Farah turut meninggalkan komen di laman Instagram Fikry ketika jejaka itu memuat naik fotonya bersama ibu.

Alhamdulillah. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-23 mak!