Peminat Harry Potter menjadi antara yang terawal menonton filem Fantastic Beasts kedua pada sesi tayangan perdananya di kota Paris pada Khamis, yang juga menjadi latar lokasi kisah fantasi yang ditulis oleh J.K. Rowling itu.

Eddie Redmayne, yang memegang watak ahli sihir zoologi Newt Scamander, bersama Jude Law yang membawakan watak Albus Dumbledore, berjalan di atas karpet merah yang dihiasi tongkat sakti berwarna keemasan.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald adalah filem kedua daripada lima filem yang dirancang, dengan kisahnya bermula kira-kira 70 tahun sebelum bermulanya kisah Harry Potter, juga hasil tulisan Rowling, yang mengambil latar lokasi di sekolah magis Hogwarts.

Jude Law yang membawakan watak Albus Dumbledore. - AP


Ezra Miller yang membawakan watak sebagai Credence Barebone dengan gaya tersendiri. - AP

Redmayne memberi penghormatan kepada peminat dengan menyifatkan 'tenaga dan semangat mereka untuk filem ini sangat menarik, ikhlas dan bukan sekadar fanatik'.

"J.K. Rowling, bukan sahaja menulis kisah berkenaan ahli sihir, dia juga mencipta cerita dan watak yang menarik bagi golongan yang kurang bernasib baik," katanya kepada Reuters.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald akan mula ditayangkan di Malaysia 15 November ini.