PENYANYI Datin Alyah sudah lali dengan pertanyaan mengenai cahaya mata setiap kali tibanya Aidilfitri.
Namun, itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk meraikan lebaran dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan bersama keluarga.
Kata Alyah, dia tidak pernah mengelak seandainya soalan mengenai zuriat diajukan kepadanya malah dia berani untuk berdepan situasi sedemikian sepertimana yang dididik keluarganya.
"Saya tak pernah mengelak menjawab soalan sebegitu dan saya seorang individu yang tidak pernah lari walaupun orang nak kutuk atau soalan itu seperti pisau menghiris hati.
"Saya pasti akan jawab. Malah, itu didikan keluarga saya sejak daripada kecil lagi.
"Bagi saya Allah itu sebaik perancang, memang kita mahu tapi belum masanya lagi. Sama seperti lagu Meluruh, walau kita rasa sengsara dalam hidup tetapi Dia merasakan sengsara itu yang terbaik untuk kita maka kita perlu teruskan.
"Enam tahun berkahwin saya sudah tak rasa apa-apa dengan soalan mengenai zuriat," katanya kepada Gempak.
Mengambil iktibar daripada industri hiburan sendiri yang tak lepas daripada kontroversi, kata pelantun lagu Kisah Hati itu, dia belajar daripada 20 tahun bergelar penyanyi.
"Industri muzik ini tak seburuk seperti yang orang fikir tetapi mengajar saya untuk menghadapi kenyataan.
"Kamu mahu atau tak mahu, kena juga laluinya.
"Sebab itulah kalau orang bertanya, saya takkan lari dan tak marah pun. Sebab saya banyak belajar daripada situasi itu sendiri," jelasnya.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Gempak
Thu Jun 06 2019

ALYAH: Saya pasti akan jawab. Malah, itu didikan keluarga saya sejak daripada kecil lagi. - Foto Instagram/@alyah81
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.

60 tan bekalan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal
Sebanyak 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

Penjawat awam Perak terima 'duit raya' RM1,500
Pembayaran akan dibuat pada 24 Mac, melibatkan kira-kira 13,582 penerima.