PENUH kemewahan, itu gambaran majlis gilang-gemilang perkahwinan Amrit Punjabi, anak bongsu penerbit sinetron Indonesia terkenal dengan jolokan 'Raja Sinetron', Raam Punjabi yang berlangsung selama empat hari, empat malam di sebuah hotel mewah di Bali, hujung minggu lalu.

Majlis perkahwinan Amrit dan wanita idamannya, Sanjana yang bertemakan Samba berlangsung sejak 14 Ogos hingga 18 Ogos di Hotel Kempinski, Bali.

Amrit tampil segak dengan berpakaian berbunga dan berwarna-warni, manakala pengantin wanitanya pula menggayakan gaun kilat berwarna perak.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis terkemuka Indonesia, Bunga Cinta Lestari bersama pasangan Ashraf Sinclair, Nia Ramadhani Bakhri, Nikita Willy serta ramai lagi artis Bollywood.





Amrit yang juga bekerja dibawah syarikat produksi bapanya, Film Multivision Plus (MVP), turut memainkan peranan penting dalam perniagaan keluarga mereka.