Menurut Lan, dia mahu memberikan tumpuan kepada kerjayanya selain menghindari daripada perkara-perkara negatif.
Lan membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Mengenai dakwaan saya menyekat individu/mereka di Instagram, saya tidak mahu hal ini menjadi persoalan besar kerana saya ada alasan tersendiri.
“Bagi saya media sosial adalah ruang komunikasi saya dengan followers dan di situ saya boleh berkongsi perkara mengenai kehidupan, kerjaya atau apa sahaja.
“Menyekat akaun seseorang di media sosial tidak bererti mahu mencari punca perbalahan atau bergaduh tetapi alasan saya untuk menghindarkan hal negatif dan itu lebih baik.
“Followers saya tak berjuta pun dan saya rasa perlu lebih fokus kepada showcase saya Mac ini dan menumpukan promosi lagu baru saya iaitu Twist Abang Sayang yang baru saja dilancarkan di YouTube.
“Saya lebih memikirkan perkara positif untuk saya terus ke depan dan mengekalkan transisi Lan Solo,” jelasnya.