PEMUZIK terkenal genre reggae dan pop, Johnny Nash yang popular melalui hit I Can See Clearly Now menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.
Berita duka itu disahkan oleh anak lelaki, Johnny Nash Jr. yang memaklumkan bapanya meninggal di rumahnya di Houston.
Sejak kebelakangan ini, tahap kesihatan Nash, 80, semakin merosot sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Penyanyi yang dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat merupakan penyanyi bukan Jamaica pertama merakam muzik reggae di Kingston, Jamaica.
Lagu I Can See Clearly Now dilaporkan ditulis ketika Nash pulih daripada pembedahan katarak dan terjual lebih daripada satu juta unit serta menduduki puncak carta Billboard Hot 100 pada 1972 dan kekal di situ selama empat minggu berturut-turut.
Nash membuat kemunculan pertama sebagai artis rakaman pada tahun 1957 dengan single A Teenager Sings the Blues.
Album studio terakhirnya adalah Here Again, dikeluarkan pada tahun 1986.
Dalam satu wawancara pada 1973, mendiang Nash berkata: "Saya merasakan muzik itu universal. Muzik adalah untuk telinga dan bukan zaman.
"Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa mereka benci muzik. Tetapi saya tidak yakin saya mempercayainya."
Nash berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai dua orang anak.
BACA: Bintang rock Eddie Van Halen meninggal dunia akibat kanser
Astro Awani
Wed Oct 07 2020

Lagu I Can See Clearly Now dilaporkan ditulis ketika Nash pulih daripada pembedahan katarak dan terjual lebih daripada satu juta unit. - Gambar Billboard.com

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.

Dunia reggae kehilangan Johnny Nash
Johnny Nash yang popular melalui hit I Can See Clearly Now menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.

Kenapa menteri Jamaica menangis, menyanyi lagu Bob Marley dalam sidang UNESCO?
Reggae, yang dikenali sebagai wadah mempromosi keamanan dan kasih sayang, berasal dari Kingston, Jamaica sekitar tahun 1960-an.

Sasi The Don kembali dengan 'ABCD'
ABCD, digubah oleh Sasi dan ditulis bersama Navin D'navigator dan Saran Narayan, akan dilancarkan pada minggu pertama Oktober sempena perayaan Deepavali.

Ragaman tampilkan sisi berbeza Faizal Tahir
Dalam single terbaru ini, Faizal telah menampilkan kelainan dari segi gubahan muzik dan juga genre yang mempunyai elemen 'reggae'.

Vida lancar lagu 'Lavida Go Bola' sempena Piala Dunia
Minat mendalam terhadap dunia bola sepak dan nyanyian, Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil dengan lagu berentak reggae iaitu 'Lavida Go Bola'.

Bob Marley sedia untuk melakar sejarah sekali lagi
Selepas 34 tahun kematiannya, keluarga Bob Marley bercadang mengingati hari kelahirannya dengan penghargaan muziknya sepanjang tahun.