PLATFORM penstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music, membawakan sebuah acara istimewa yang disiarkan dan distrim secara global untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19.
‘One World: Together At Home’ bakal disiarkan di JOOX Music di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan secara serentak bermula esok (19 April).
Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Poshu Yeung berkata, JOOX Music berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif global ini yang bakal menyaksikan kolaborasi penghibur dan artis serta semua pencinta muzik dari seluruh dunia.
“Ini merupakan usaha bersama untuk menentang pandemik dalam masa sama menyokong petugas kesihatan barisan hadapan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Kami bersatu hati dengan semua pencinta muzik di Malaysia, Hong Kong, Macau, Indonesia, Myanmar, Thailand dan Afrika Selatan yang berada di rumah, menggunakan muzik sebagai alat universal untuk memerangi penyebaran COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi peminat muzik Malaysia, siaran khas global ini boleh ditonton bermula 2 pagi hingga 8 pagi untuk siaran digital istimewa selama enam jam.
Dalam pada itu, terdapat juga siaran istimewa selama dua jam bermula 8 pagi.
Manakala, berikut merupakan waktu siaran bagi beberapa buah negara lain.
Dikendalikan oleh bintang pop Lady Gaga, ‘One World: Together At Home’ akan menampilkan persembahan dan kemunculan artis-artis terkemuka dunia termasuk Adam Lambert, Alicia Keys, Billie Eilish, Billie Joe Armstrong of Green Day dan Camila Cabello.
Barisan selebriti lain yang akan membuat persembahan dari rumah mereka termasuk Céline Dion, Charlie Puth, Ellen DeGeneres, Elton John, Shah Rukh Khan dan ramai lagi.
Yeung, bagaimanapun, menjelaskan bahawa kempen ini bukanlah sebuah siaran television untuk mengutip derma.
Sebaliknya, ia bakal menjadi sebuah peristiwa penyiaran global pertama dan bersejarah untuk meraikan usaha-usaha mereka terlibat dalam memerangi pandemik itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen anjuran organisasi advokasi antarabangsa Global Citizen ini, kunjungi laman sesawang www.globalcitizen.org dan ikuti @GlblCtzn di Twitter, Facebook dan Instagram dengan menggunakan hashtag #GlobalCitizen.
Najmi Syahiran Mamat
Sat Apr 18 2020
'One World: Together At Home' bakal disiarkan di JOOX Music di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Hong Kong, Macau dan Indonesia. - Gambar Instagram @GlobalCitizen
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Duduk rumah sambil berhibur dengan konsert selebriti dunia dalam One World: Together At Home
Platform pentstriman muzik serantau terkemuka, JOOX Music, membawakan sebuah acara istimewa yang disiarkan dan distrim secara global untuk menyokong perjuangan menentang pandemik COVID-19.
Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda
Billie Eilish lakar sejarah menjadi pemenang termuda bagi Anugerah Grammy dalam kategori Album Terbaik.
'Mamba Forever' - Kobe Bryant ibarat adik - Michael Jordan
Kata Michael Jordan dalam satu kenyataan, Kobe diibaratkan sebagai seorang adik kepadanya.
Michelle Obama buat kejutan di Grammy 2019
Michelle Obama mengadakan kemunculan istimewa pada majlis Anugerah Grammy 2019.
Alicia Keys terima pujian hadir ke MTV VMA tanpa solekan
Penyanyi R&B Alicia Keys yang membuat kemunculan karpet merah di anugerah MTV VMA tanpa solekan.
Penampilan #NoMakeUp Alicia Keys
Ramai yang mengakui kecantikan sebenar adalah tanpa secalit solekan, namun realitinya tidak ramai yang berani tampil tanpa bermekap.
Miley Cyrus, Alicia Keys sah juri The Voice musim ke-11
Cyrus dan Keys menggantikan Gwen Stefani dan Pharrell Williams yang bertugas pada musim ke-10.
BlackBerry topik hangat Twitter
Rakyat Malaysia nampaknya teruja dengan penjenamaan semula terbaru RIM yang sekarang dikenali sebagai BlackBerry dan telefon pintar yang dilancarkan.
Alicia Keys, pengarah kreatif global Blackberry
Penyanyi Alicia Keys semalam dinamakan sebagai pengarah kreatif global Blackberry, dahulunya dikenali sebagai RIM.
Anugerah World Music ditunda
Majlis "Anugerah World Music" sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ditunda pada saat-saat akhir.