RAMAI yang mengakui kecantikan sebenar adalah tanpa secalit solekan, namun realitinya tidak ramai yang berani tampil tanpa bermekap.

Penyanyi Alicia Keys yang menggerakkan kempen No Makeup menarik perhatian hadirin ketika muncul di karpet merah BET Awards 2016 tanpa solekan pada Ahad.

Menggayakan jumpsuit berwarna hitam dengan turban berwarna sepadan, Keys kelihatan berbeza, namun masih menakjubkan.

Pada Mei, penyanyi tersebut menulis sebuah artikel menyatakan beliau tidak mahu lagi bersembunyi di sebalik solekan. Selepas sesi penggambaran dengan jurugambar Paola Kudacki, yang menggalakkan penyanyi berumur 35 tahun tersebut beraksi tanpa solekan.



Keys kemudiannya menulis sebuah manifesto yang kemudiannya memulakan hashtag #nomakeup di media sosial.

Alicia Keys

Gaya ini juga boleh dilihat dalam video muzik baharunya, In Common.

Menurut keys, tanpa solekan, beliau merasakan dirinya versi terkuat, paling berkuasa, bebas dan jujur...

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu ‘Fallin’ ini turut mengharapkan ini jadi satu revolusi.

Beliau turut menyatakan tidak mahu lagi melindungi wajah sebenarnya serta fikiran, jiwa, impian, perjuangan serta emosinya.

Ia merupakan komitmen berani Keys walaupun tidak dinafikan beliau tetap menawan tanpa solekan.