DOKTOR selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
 
Tidak hanya terhenti di situ, Dr Say menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mendedahkan dua lelaki itu dijumpai berada di atas katil sambil menyorok dalam kain selimut di bilik pembantu rumahnya.
 
“Bila pintu dibuka nampak baby saya tengah tidur dalam rocker ditengah-tengah antara dua katil maid saya dan nampak dua kelibat lelaki sorok dalam selimut atas katil.
 

“Polis suruh saya ambil baby dan polis ‘ajar’ dua lelaki tersebut. Memandangkan mereka masuk atas jemputan maid dan bukan pecah masuk, tak boleh nak tangkap dua lelaki itu.
 
“Polis bagi saya setel sendiri dengan maid dan memang saya maki maid saya... saya kecewa gila dengan mereka.
 
“Saya layan mereka seperti manusia tapi layanan binatang diaorang bagi dekat anak-anak saya. Dedahkan anak-anak saya dengan orang tak dikenali.

 “What if anak saya menangis masa mereka tengah buat 'projek' tu? Mahu dicederakan atau dibunuh anak saya tu,” ujarnya kecewa.
 
Jangan terlalu beri muka pada maid
 
Bagaimanapun kata Dr Say, tindakan telah diambil dan kedua-dua pembantu rumahnya dipulangkan kembali kepada agensi mereka.
 
“Saya call agensi setiap maid saya. Agensi kepada maid Indonesia dah ambil maid Indonesia saya, yang maid Filipina ni hanya tunggu masa,” maklumnya.
 
Dalam pada itu, Dr Say juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu memberi muka kepada pembantu rumah kerana khuatir kejadian seperti ini akan berulang.
 
“Pengajaran yang saya dapat is trust no one dan jangan bagi muka kepada maid. Dulu saya pernah dapat maid Indonesia hisap rokok.

“Kami belajar dari situ jangan bagi muka dah tapi nampaknya kena jangan bagi muka lagi dan lagi. 
 
“Bila saya tanya maid Filipina saya katanya semalam merupakan kali pertama mereka bawa lelaki masuk rumah. 
 
“Syukur Allah nak tunjuk even kali pertama dah kantoi. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat dan terima kasih atas keprihatihan anda,” ujarnya. - Gempak
 
Berikut merupakan video penuh Dr Say: