Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Julia menerusi entri terbaru di akaun Instagram(IG)nya pada Rabu.
“The most precious blessing that Allah sent us in 2018. May He mould you as perfect as His most perfect creation little one ♥️,” tulisnya.
![](http://img.astroawani.com/2019-01/51546516824_juliamjunid.jpg)
Coretan itu turut disertakan dengan foto imbasan ‘ultrasound’.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikunya mengucapkan tahniah kepada Julia dan juga Ziela yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi.
![](http://img.astroawani.com/2019-01/71546516830_anak-ziela-jalil-hamil.jpg)
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Foto: Instagram @juliamjunid