BINTANG Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Zamani menafikan tuduhan negatif sesetengah pihak yang mendakwanya berdrama kehilangan suara.

Keadaan kesihatan Zamani menjadi bualan ramai pihak apabila penyanyi itu gagal mendendangkan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta di konsert GV5 minggu lalu.

Alhamdulillah selesai minggu ke 4 #gegarvaganza5. Syukur sy tersenarai untuk ke minggu ke 5. Terima kasih pada rakan duet saya @officialmamatexist atas komitmen yg diberikan. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan tak lupa juga pada yg terus menyokong. Outfit : @taufikidroscreation Photo : burner artwork studio #zamanislam #zamanislam_official #inderaentertainment #gegarvaganza5 #ghazaluntukrabiah

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on


"Saya memang sakit, suara saya memang tak boleh keluar langsung. Saya tak perlu ulas panjang lebar mengenai tuduhan berdrama kerana saya memang sakit. Mahu percaya atau tidak, saya sendiri tak mampu nak komen," katanya.

Pelantun lagu Syair Si Pari-Pari itu ditemui usai konsert suku akhir GV5 malam tadi.

Tambah Zamani, dia turut berterima kasih kepada pihak Astro kerana memberikannya peluang untuk muncul di atas pentas pada minggu lepas biarpun kehilangan suara.

Konsert minggu ke 5 #gegarvaganza5. Terima kasih semua. Outfit : @taufikidroscreation Make up & Hair Styling : @fauzieyrahman1808 Photo : @remy_daud Fans Fc: @abgadeksuperfans_official #zamanislam #zamanislam_official #inderaentertainment #gegarvaganza5

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on


"Terima kasih kepada pihak produksi. Pada mulanya, saya enggan berada di pentas kerana tak mahu memalukan diri kerana saya memang tak boleh menyanyi disebabkan kehilangan suara.

"Namun, melihatkan kepada semangat peminat yang tidak pernah penat menyokong, saya lupakan kesakitan yang dirasai dan mencuba untuk menyanyi.

"Apabila saya mendapat imuniti daripada Datuk Seri Aliff Syukri selaku penaja, saya rasa terharu. Ia satu petanda dia ikhlas menghargai bakat saya dan menjadi satu tanggungjawab untuk saya bangkit demi peminat setelah diberikan peluang.

"Saya masih mendapatkan rawatan dan beransur pulih. Menurut doktor, tiada sebarang kecederaan di peti suara saya tetapi ada sedikit tanda kemerahan.

"Doktor sendiri tak tahu punca mengapa saya hilang suara tetapi saya akan tetap meneruskan rawatan untuk kembali sembuh seperti sediakala," katanya lagi.

Alhamdulillah...Terima kasih pada semua yg mengundi saya utk #bintangcuckoo pada minggu ke 3 ini. #zamanislam #zamanislam_official #inderaentertainment #gegarvaganza2018

A post shared by ZAMANI SLAM OFFICIAL INSTAGRAM (@zamanislam_official) on


Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.