Memuat naik foto bersama dua orang anaknya, Serina memberitahu kesedihan yang ditanggung di ruangan kapsyen.
“Assalamualaikum. Hari ini Serina akan bagi tau apa yang berlaku sebenarnya yang selama ini I pendam dan tanggung kesedihan.
“Mungkin ramai yang dah baca statement yang my father keluarkan di IG dia. Secara jujur I tak suka nak sensasikan hal peribadi keluarga, inikan pula berkaitan anak-anak Serina.
“Memang sekarang I melalui dugaan yang perit bekas suami cuba membuli dan menyeksa emosi I sebagai ibu, Gavin dengan sengaja juga pisahkan kasih sayang I dan anak-anak. Dulu I boleh jumpa anak-anak hari-hari now dia hanya benarkan jumpa hujung minggu itupun skejap sahaja.
“Pelbagai alasan dia kasi. Dia busy kan anak-anak dengan aktiviti sampai I tak berpeluang nak spend time ngan them. Memang kejam apa yg dia buat! I bersabar selama ni.
“Sehinggalah dia telah langgar perintah Mahkamah di tangkap khalwat anak-anak di rumah ketika tu. Ini dah melampau. I risaukan akidah anak-anak terjejas, doakan Serina akan ambil semula hak jagaan anak anak.
“Dulu kami buat persetujuan bersama jaga anak-anak tinggal dengan bekas suami untuk elak emosi anak anak tidak terjejas atas penceraian. Setiap kali balik sekolah I boleh jemput dan uruskan tengok semua aktiviti di rumah, kerja sekolah termasuk mengaji dengan Ustazah.
“But now dia tak benarkan I naik atas rumah dan ambil anak sekolah lagi. Semua perjanjian bersama syarat dan perjanjian di rekodkan di mahkamah tapi dia dah langgar perintah mahkamah dan ubah undang-undang sesuka hati halang I jumpa anak anak.
“Sekarang biarlah mahkamah yang tentukan segalanya. I hanya nak pembelaan sebagai seorang ibu dan tidak terniat nak pisahkan kasih sayang ayah dan anak-anak. Serina mohon doakan Serina dan keluarga. Buat masa ni I perlukan sokongan dari semua,” tulis Serina panjang lebar.

Selepas dua tahun tinggal berasingan, Serina, 35 tahun, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh pada 1 Ogos 2017.
Serina dan Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41 tahun, mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua orang anak, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun.
Teks oleh: Kamaruddin Razal