SUDAH lama tidak muncul dengan dengan lagu baru, penyanyi dan pelakon Farahdhiya kembali dengan single terbaru berjudul "Tewas".
Menariknya, single "Tewas" telah merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan Farahdhiya dalam kebanyakan lagu sebelum ini.
Lagu "Tewas" yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.
Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi.
“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’.
“Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah.
“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam.
“Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu "Tewas", Farahdhiya berkata pertama kali mendengar lagu itu dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya.
“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok.
"Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’.
“Pertama kali dapat lagu ini saya terus setuju sebab saya sukakan melodinya yang ‘catchy’.
"Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja.
“Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakan lagu ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkongsi jadual kerjaya seninya padat selepas aktiviti seni kembali dibenarkan beroperasi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sejak dibenarkan bekerja semula pada Oktober tahun lalu, Alhamdulillah jadual saya sangat padat sampai sekarang.
“Nyanyian dan lakonan seiring. Saya sibuk menjayakan persembahan korporat dan makan malam. Tawaran berlakon pun tak berhenti.
“Memang agak sibuk sebenarnya sejak mula dibenarkan bekerja semula dan fokus sekarang dengan lagu terbaharu ini.
"Ada juga beberapa drama yang akan keluar seperti "Roti Cicah Susu" yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tak lama lagi.
“Ada juga drama dengan penstriman Viu. Kerjaya saya berjalan dengan lancar Alhamdulillah,” katanya.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Fri Feb 18 2022

Lagu "Tewas" yang bergenre EDM turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea. -Gempak
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Dalam diam Farahdhiya berkolaborasi dengan 'rapper' Korea Selatan
Single "Tewas" telah merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan Farahdhiya dalam kebanyakan lagu sebelum ini.

All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton malah ia juga memberi bantuan buat pelakon-pelakon yang pernah mewarnai industri satu ketika dahulu.

Kerana sekotak petai, ramai nak buat Farahdhiya jadi calon menantu
Penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya sememangnya menggemari masakan Melayu, terutamanya yang mengandungi petai.

'Sesiapa yang beri komen negatif, saya akan terus block' - Farahdhiya
Baru-baru ini, penyanyi Farahdhiya telah memuat naik sekeping gambar ketika menghadiri majlis di Istana Negara menerusi akaun Instagramnya dan ia telah mengundang perhatian netizen.

Kes Adam Rayqal: Selebriti turut berkongsi kesedihan
Antara selebriti yang turut berkongsi luahan hati mereka mengenai kes Adam Rayqal ini ialah Farahdhiya, Fizo Omar, Lisa Surihani dan Wany Hasrita.

Rezeki saya tidak pernah putus, sama seperti keluar Gegar Vaganza - Farahdhiya
Pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengakui masih menerima tawaran nyanyian sama seperti ketika tamat daripada menyertai program nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim kedua.

"Biar kuali buruk, jangan hati busuk" - Faradhiya
Bekas bintang GegarVaganza 2 (GV 2), Faradhiya akui rimas dengan netizen yang sering memperbesarkan hal remeh temeh.

Gegar Vaganza 2: Apa kata finalis kalau menang RM100,000
Kurang 24 jam, konsert akhir Gegar Vaganza 2 (GV2) bakal berlangsung dan enam finalis akan berentap untuk merebut gelaran juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.
'Gegar Vaganza 2': Suara tak keluar, bagaimana nasib Farahdhiya esok?
Penyanyi Farahdhiya meminta peminat 'Gegar Vaganza 2' mendoakan kesihatannya supaya boleh membuat persembahan pada konsert ketujuh minggu ini.