SEJAK semalam, tragedi yang menimpa bayi lelaki berusia lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.

Pada mulanya, Adam dilaporkan hilang diculik sebelum dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor.

Mayat Adam ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Lebih menyayat hati, bayi malang itu disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu.

Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa kesal dan sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya berkongsi perasaan mengenai kes tersebut menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.



"I'm so gonna take care of my own kids one day even if I have to drag them to work tak kisah lah coz I'm so not gonna leave them in any rumah pengasuh, FULLSTOP! #banyakoranggila," tulis Farahdhiya.

Sementara itu, pengacara dan pelakon Fizo Omar turut meluahkan perasaan berkenan isu tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram.

Sedih bercampur geram. . Sebak sya membaca kisah adik Adam ni dan bagaimana pula perasaan ibu bapa nya.tak dpt sya bayangkn bagaimana perasaan bila anknya dibunuh dan diletakkan dalam peti ais oleh pengasuhnya sendiri. . Ya Allah kejamnya! Apa salah bayi tu,dan kenapa sampai boleh mati tak kira lah sama ada dibunuh ataupun tak sengaja,tapi hakikatnya adam dah xde. . Anak saya Maryam di gigit nyamuk pun sya risau n kesian kan dia apatah lagi dapat tahu anak sudah meninggal dan disumbat di dlm peti ais.Apa yg kita sama2 boleh bantu adalah terus berdoa agar kedua ibu bapa Adam kuat dan tabah menghadapi Ujian dari Allah ini.Ujian yg diberikan ini adalah berdasarkan kekuatan hambanya. . Mungkin selepas ini boleh pertimbangkan utk nak menghantar anak ke rumah pengasuh,tapi bagaimana pula buat ibu yg berkerja dan terpaksa berkerja utk menampung kos hidup? . Apa yg patut dilakukan,mungkin anda boleh suarakan di sini. . Sebelum itu sama2 lah kita sedekah Al fatihah buat bayi surga ini.. . Al fatihah...

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Selebriti lain seperti Lisa Surihani dan Wany Hasrita turut berkongsi rasa yang sama menerusi Instagram Stories mengenai kes yang menimpa Adam Rayqal.





Teks: Noor Zulaikha Yusof