Biarpun sudah mencipta nama di Indonesia, pelakon Bront Palarae belum terfikir untuk berhijrah ke negara jiran itu seperti yang dilakukan rakan-rakan pelakon yang lain.
Kata Bront, buat masa ini, dia selesa berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan mahu terus berbakti kepada industri seni tempatan.
"Saya rasa kehadiran saya masih diperlukan di sini, dan saya mahu terus bekerjasama dengan pengkarya di tanah air sendiri.
"Dalam masa yang sama, saya juga akan sentiasa mencari peluang untuk bekerja dengan penggiat seni di luar negara, termasuk Indonesia kerana saya percaya, sebagai pelakon saya perlu sentiasa mencabar diri sendiri untuk cuba sesuatu di luar kebiasaan," kata Bront.
Bront ditemui di majlis Tayangan Gala filem Ayat-Ayat Cinta 2 di GSC Pavilion, pada Isnin.
Bawa watak tentera Israel, saya tahu batas saya - Bront
Ditanya tentang watak Baruch, seorang tentera Israel yang dibawanya dalam filem tersebut, Bront mengakui tertarik dengan karakter tersebut yang disifatkan sebagai peluang sekali seumur hidup.
"Susah nak dapat watak sebegitu di Malaysia. Jadi apabila ditawarkan, saya tahu saya perlu menerimanya," ujarnya.
Bront juga berharap tidak ada pihak yang akan menjadikan watak yang dipegangnya itu sebagai isu.
"Saya hanya melakonkan watak itu dari sudut pandangan mereka (tentera Israel), tiada kena mengena dengan akidah dan pegangan agama saya sebagai orang Islam.
"Penulis novel ini dan pengarah filem ini juga tahu saya beragama Islam, malah mereka sendiri beragama Islam. Tak mungkin mereka akan tawarkan watak itu kepada saya jika tidak sesuai, dan saya sendiri tahu batas saya," tambahnya.
Selain Bront, seorang lagi pelakon Malaysia yang turut membintangi filem itu ialah Nur Fazura yang memegang watak Brenda.
Ayat-Ayat Cinta 2 dibintangi Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan dan Tatjana Saphira sebagai teraju utama, dan akan mula ditayangkan di Malaysia 11 Januari ini.
Madiha Abdullah
Tue Jan 09 2018
Bront bersama pelakon-pelakon Ayat-Ayat Cinta 2 selepas Tayangan Gala filem itu di GSC Pavilion. - Instagram Antenna Ent
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Cipta nama di Indonesia, Bront Palare belum terfikir berhijrah
Bront mahu terus berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan berbakti kepada industri seni tempatan.