Lembaga Penapisan China kini menjadikan budaya popular yang mewakili aspirasi orang muda sebagai sasaran terbaharu, termasuk menyekat muzik hip-hop dan mengharamkan penampilan selebriti yang bercacah tatu.
Ketika pengaruh program televisyen ‘Rap of China’ sedang meningkat di negara itu, artis hip-hop Wang Hao, atau dikenali sebagai ‘PG One’ dan Zhou Yan, yang terkenal dengan nama ‘GAI’ – telah disekat kemunculan mereka.
Mereka didakwa mempamerkan sikap dan cita rasa buruk serta mempromosi kandungan yang bertentangan dengan nilai tradisi dan prinsip Parti Komunis.
Sasaran penapisan ke atas hip-hop adalah bukti kongkongan yang lebih kuat terhadap budaya popular, pada ketika kepimpinan negara itu cuba mencari platform yang berpotensi untuk memenangi hati golongan muda.
Badan pemantau media republik itu, SAPPRFT, kini menggariskan bahawa setiap program yang disiarkan tidak boleh mempamerkan individu bertatu atau menunjukkan budaya hip-hop serta budaya jalanan lain yang ‘tidak wajar’.
Pengarah publisiti jabatan itu, Gao Changli, antara lain menegaskan tentang beberapa perkara yang ditegah - antaranya mengharamkan selebriti yang memiliki sifat yang tidak selari dengan nilai Parti Komunis, berperangai buruk, bermulut celupar, berideologi rendah, tiada kelas, terlibat dengan skandal dan mempunyai masalah moral.
Dalam tindakan terbaru, penyanyi rap PG One dipaksa membuat permohonan maaf kerana lagu yang dinyanyikannya dikatakan mempunyai lirik melampau.
Penyanyi GAI pula dilarang muncul dalam sebuah program hiburan yang sedang mendapat sambutan, namun tidak jelas sebab dan punca pihak atasan mengenakan hukuman itu.
Aktiviti penstriman muzik penyanyi terebut juga telah disekat dan dihapuskan dari dalam talian.
Agensi berita Xinhua turut melaporkan tentang perkara itu dan melabelkan budaya tersebut sebagai tidak sesuai dengan China.
Menurut laporan itu, budaya popular seumpamanya tidak boleh dijadikan ‘alat untuk seseorang melepaskan kemarahan, penderitaan dan mengadu domba’.
Penggiat industri seni dan muzik negara itu menganggap perkembangan terbaru itu sebagai tindakan mengarut oleh pemerintah, dan mencabul hak mereka untuk berkarya.
Agensi
Tue Jan 23 2018
Penyanyi rap dan hip-hop Zhou Yan atau GAI dilarang beraksi kerana didakwa membawa imej yang bertentangan dengan nilai tradisi Parti Komunis. - Reuters
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
China haramkan artis bertatu, hip-hop disekat
Badan pemantau media republik itu melarang penampilan individu bertatu dan membawa imej hip-hop serta budaya jalanan.