Foto yang dimuat naik ke Instgaram (IG) semalam menunjukkan Sheila Majid manis bertudung dan bergambar bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sheila menerusi kapsyennya memberitahu dia bersyukur kerana dapat berbuka puasa dan berpeluang bersolat terawih bersama Tun Dr Mahathir.
Pelantun lagu Gemilang itu mengenakan tudung serta jubah berwarna hitam.
Rata-rata peminatnya suka dengan imej bertudung Sheila Majid kerana dilihat lebih sopan dan manis.
Selain itu, peminat juga berharap gaya Sheila dalam foto berkenaan dapat dikekalkan.