Bintang Bollywood hari ini membanjiri media sosial dengan rakaman gambar tabik hormat mereka untuk menyokong kempen media sosial #Saluteselfie, sempena Hari Kebangsaan India yang ke-69.

Selebriti tersebut memuat naik rakaman gambar mereka yang sedang memberi tabik hormat kepada tentera India bagi jasa serta pengorbanan mereka kepada negara itu, di laman Twitter.

Antara bintang Bollywood yang terlibat ialah Amitabh Bachchan, Shahrukh Khan, Priyanka Chopra dan Shahid Kapoor.

Memetik laporan The Indian Express, menurut penganjur, kempen #Saluteselfie yang dimulakan pada 7 Ogos, mendapat lebih dari 17,000 pengikut dalam masa kurang dari seminggu dengan posting pertama dibuat oleh lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan.

Berikut adalah antara ucapan selebriti Bollywood di laman Twitter dan Instagram.









#SaluteSelfie acknowledging the selfless , brave heroes #IndianArmy

A photo posted by Shahid Kapoor (@shahidkapoor) on



India, atau nama rasminya, Republik India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British pada 15 Ogos 1947.

Negara India hari ini menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69.