SHAH ALAM: Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.
Meskipun sedih kerana harus meninggalkan pentas itu, Coex yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Eyqa Shahidan, Dalini, Elysya Khan, dan Amylia Loh sangat bangga dengan pencapaian mereka di dalam program hiburan tersebut.
Mereka sebagai satu kumpulan sebulat suara menyatakan bahawa sebelum menyertai Big Stage mereka tidak mahu menjangkakan apa-apa sepanjang pertandingan ini berlangsung sebaliknya mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk mereka belajar dan bereksperimentasi.
“Kami tidak pernah menjangkakan apa-apa sepanjang pertandingan ini, kami hanya mahu tonjolkan bakat kami,”
“Lagi pun kami sememangnya baharu lagi dalam industri, tak ada lagu pun lagi, jadi kami ambil peluang menyertai Big Stage ini untuk ‘grow’ dan banyak yang kami belajar semasa di Big Stage, walaupun tersingkir kami anggap ia sebagai satu permulaan buat kami berlima,” kata mereka sebulat suara.
Coex juga menafikan bahawa mereka tidak mendengar nasihat atau komen yang disampaikan oleh juri sepanjang mereka bertanding.
Sebaliknya, mereka berlima cuba suai pandankan nasihat atau komen daripada juri dengan kekuatan yang mereka ada bagi mencantikkan lagi persembahan mereka di pentas itu.
Pada masa sama, Coex juga mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan lagu pertama mereka tidak lama lagi.
Tidak mahu berkongsi terlalu banyak informasi Coex minta agar peminat mereka nantikan debut pertama mereka.
“Kami dah siapkan sebuah lagu, MV pun dah siap record, jadi nantikan lagu kami yang akan keluar tidak lama lagi,” kata Coex.
Coex menjadi peserta kelima yang harus meninggalkan pentas Big Stage selepas gagal menambat hati juri menerusi persembahan Cupid untuk minggu ketujuh yang bertemakan “Selebriti Memilih”.
Asyraf Roslan
Mon Jun 19 2023
Meskipun sedih kerana harus meninggalkan pentas itu, Coex yang dianggotai oleh Mikaela Qistina, Eyqa Shahidan, Dalini, Elysya Khan, dan Amylia Loh sangat bangga dengan pencapaian mereka di dalam program hiburan tersebut. - Foto: Astro/Azrul Rafie
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.
Big Stage 2023: Isu seluar ketat, Putera Muhammad mohon maaf
Apa yang berlaku di luar kawalan, kata Putera Muhammad.
Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.
Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.
Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.