TAK pernah tak meriah setiap kali dua individu ini naik ke atas pentas.
Dari minggu pertama sehingga akhir, nama hos Big Stage 2023, Elly Mazlein dan Rina Nose sentiasa mendapat perhatian netizen.
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.
Menurut pengacara terkenal Indonesia, Rina Nose itulah realiti dunia hiburan.
Apa yang dilakukan adalah atas tuntutan kerja sebagai hos dan untuk menghiburkan penonton namun tiada niat untuk mencuri 'spotlight' peserta tahun ini.
"Industri hiburan kan, sesiapa sahaja yang berjaya menarik perhatian sudah pasti dia yang akan mendapat spotlight itu,
"Tapi bukan niat kami untuk mencuri spotlight itu. Kami hanya buat yang terbaik pilihan semua di tangan penonton," kata Rina Nose.
Pada masa sama, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina juga turut menyatakan rasa syukur kerana gandingannya bersama Rina Nose diterima oleh rakyat Malaysia.
"Alhamdulillah, setiap minggu kita sentiasa diperkatakan, selalu fyp rata-rata ramai yang suka dengan kombo kali ini.
"Apabila mereka tukar format, hos dan juri ini, mereka mahukan kami lakukan yang terbaik untuk Big Stage kali ini, dan bersyukur sangat apabila apa yang kami berdua buat diterima ramai," kata Kak Lina semasa ditemui media.
Mereka juga menyatakan bahawa tidak menolak untuk bergandingan lagi selepas ini.
Kak Lina dan Rina Nose bergandingan selama 10 minggu di pentas Big Stage 2023 sebagai pasangan hos baharu menggantikan hos terdahulu Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Asyraf Roslan
Mon Jul 10 2023

Gandingan Kak Lina dan Rina Nose mendapat pujian ramai setelah berjaya memberikan yang terbaik dari minggu pertama hingga akhir. -Foto Astro/Azrul Rafie
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.

Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.

Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.

Big Stage 2023: 'Netizen suka atau tidak, itu perkara biasa' - Rina Nose
Tetapi biasalah, sebagai seorang pengacara yang mengendalikan acara besar, apa sahaja yang dibuat mesti akan diperhatikan oleh netizen.

Big Stage 2023: Meletop! Rina Nose bergabung bersama Kak Lina Pom Pom
Ramai la tak keluar rumah setiap Ahad sebab nak tengok Kak Lina Pom Pom dengan Rina Nose dekat Big Stage 2023!