SHAH ALAM: Kemunculan pengacara Indonesia, Rina Nose diatas pentas Big Stage 2023 mungkin menjadi satu sebab mengapa rakyat Malaysia akan menunggu kemunculannya bersama Lina Pom Pom (Elly Mazlein) setiap Ahad.
Mana tidaknya kekecohan dua pengacara ini dilihat mampu menggamatkan suasana sepanjang program ini berlangsung pada malam Ahad.
Tetapi biasalah, sebagai seorang pengacara yang mengendalikan acara besar, apa sahaja yang dibuat mesti akan diperhatikan oleh netizen.
Baik atau buruk, mereka akan memberikan pandangan mereka melalui sosial media.
Namun, Rina yang juga merupakan pelawak dari Indonesia tidak berkecil hati dengan pandangan yang dilemparkan oleh netizen untuk kemunculan pertamanya di pentas itu.
Baginya ada yang suka dan tidak suka sudah menjadi lumrah dalam kehidupan.
“Kalau di studio, saya rasa semua disini terhibur tetapi kalau di media sosial (Twitter) seperti biasa ada yang suka dan tidak suka tapi itu biasakan, jadi bukanlah satu masalah yang besar,” kata Rina pada sidang media Konsert Big Stage minggu pertama.
Rina turut mengakui bahawa dia sangat senang bekerja bersama Elly lebih-lebih lagi mereka berdua mempunyai banyak persamaan.
“Kami sentiasa berbincang apabila kami nak lakukan sesuatu, namun banyak yang terjadi adalah spontan dan kami berdua tidak mempunyai masalah untuk itu.
“Lagi pun sejak bertemu dengan Lina, kami sentiasa bersembang dan kami lihat kami mempunyai banyak persamaan maka saya sangat senang bekerja dengannya,” tambahnya.
Rina juga mengakui mempunyai beberapa masalah untuk memahami konteks bahasa namun dia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik dan cuba membawa kelainan setiap minggu bersama Lina.
Rina dan Lina akan mengendalikan konsert mingguan Big Stage selama 10 minggu.
Sebelum ini, nama pengacara Indonesia, Rina Nose menjadi sebutan peminat-peminat Malaysia apabila videonya meniru selebriti Indonesia tular di media sosial dan mendapat respon yang sangat positif.
Program yang dikendalikan oleh Elly Mazlien dan Rina Nose ini bersiaran secara langsung selama sepuluh minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Asyraf Roslan
Mon May 08 2023

Rina dan Lina akan mengendalikan konsert mingguan Big Stage selama 10 minggu. - Foto: Astro/Azrul Rafie
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.

Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.

Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.

Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.

Big Stage 2023: 'Netizen suka atau tidak, itu perkara biasa' - Rina Nose
Tetapi biasalah, sebagai seorang pengacara yang mengendalikan acara besar, apa sahaja yang dibuat mesti akan diperhatikan oleh netizen.

Big Stage 2023: Meletop! Rina Nose bergabung bersama Kak Lina Pom Pom
Ramai la tak keluar rumah setiap Ahad sebab nak tengok Kak Lina Pom Pom dengan Rina Nose dekat Big Stage 2023!