PENYANYI Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Kata Misha netizen tersebut sepatutnya 'cermin wajah' mereka dahulu sebelum terlalu mudah mengata orang lain terutama tentang fizikal seseorang.
“Tengok muka depan cermin, adakah diri sendiri sempurna? Mulut terlalu mudah mengata orang.
“Saya rasa ramai yang menjalani kehidupan yang agak bitter dan menggunakan media sosial untuk melempiaskan kekecewaan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.
“Perkara ini boleh menjadi ‘barah’, jadi kepada yang suka menghina rupa paras orang lain, nasihat saya, bersahabatlah dengan cermin,” tegasnya.
Misha berkata demikian kepada Astro Gempak selepas hadir pada majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI 2023 anjuran KFC Malaysia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Pun begitu, Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.
“Nadeera adalah penyanyi yang bagus dan imej setiap penyanyi akan datang seiring (bakat).
“Contoh terdekat adalah Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menjadi diri mereka hari ini selepas melalui fasa-fasa tertentu.
“Kita kena biarkan bakat-bakat baharu berkembang, berikan mereka masa,” ujarnya.
Pada konsert akhir Big Stage 2023 Ahad lalu, Nadeera mengakui berasa tersinggung dengan kata-kata hinaan yang tergamak menyamakan wajahnya dengan haiwan. -- Gempak
Gempak
Wed Jul 12 2023
Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya. - Gempak
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Bagai dilahir semula, Nadeera enggan sia-siakan perjalanan baharu
Akui perjalanan single Emas ini agak berliku kerana anak kelahiran Johor ini mahu sesuatu yang berbeza dan meninggalkan impak bermakna untuk peminat yang menantikan.
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Big Stage 2023: Ini kemenangan paling bermakna - Nadeera Zaini
Persembahan Nadeera Zaini semalam memang terbaik.
Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: Nadeera Zaini melompat gembira Siti Nurhaliza puji skil dan suara bagus!
Bintang Big Stage, Nadeera Zaini terperanjat apabila mendapat pujian daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza usai membuat persembahan.
Big Stage 2023: Saya belum bertudung penuh, sebab itu saya.. - Nadeera Zaini
Nadeera memaklumkan bahawa dia akan cuba memperbaiki dan mengambil semua nasihat dan teguran untuk masa akan datang.
Big Stage 2023: 'Ada tekanan tapi Imuniti X boleh menyelamatkan...' - Nadeera
Ramai yang beranggapan awal sangat juri tetap Big Stage guna Imuniti X.