PENYANYI dari Indonesia yang juga peserta Big Stage 2019, Dinda Permata menegaskan kesilapan yang dilakukan di atas pentas bukanlah penyebab dia menangis semasa melakukan persembahan.
Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia.
"Sebenarnya, semasa sesi latihan saya sudah menangis dan memberitahu kepada guru teknikal vokal, Cikgu Syafi yang saya khuatir tidak mampu untuk mengawal emosi.
"Lagu Terlalu Memuja bukan dipilih oleh saya tetapi pihak produksi. Saya memberikan sepenuh kepercayaan kerana tahu mereka lebih arif untuk memilih lagu yang digemari oleh masyarakat Malaysia.
"Kejadian menangis di atas pentas bukan disebabkan saya sudah melakukan kesilapan. Kali pertama saya mendengar lagu itu sudah membuatkan air mata saya menitis.
"Setiap kali menyanyikan lagu tersebut saya terfikir ibu dan adik-adik saya. Saya tidak tahu sama ada sudah memberikan yang terbaik untuk mereka atau tidak.
"Saya anggap ini adalah cabaran kepada saya untuk membawa lagu yang beremosi. Ternyata pada malam ini saya gagal mengawal emosi semasa menyampaikan lagu itu," katanya sambil menitiskan air mata.
Dinda ditemu bual selepas tamatnya konsert ketiga Big Stage 2 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.
Dalam pada itu, Dinda mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Aziz Harun kerana menjadi penyelamat kepadanya daripada tersingkir.
BACA: Big Stage: Aziz Harun tarik diri, Dinda Permata terselamat
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz kerana telah memberi peluang untuk saya menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan.
"Saya juga berasa terharu apabila segelintir penonton yang bukan dari kalangan peminat saya menjerit tidak membenarkan saya tersingkir," katanya kepada Gempak.
Pada awalnya, Dinda telah diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir pada minggu ketiga Big Stage 2019.
Walaubagaimanapun, Aziz mengambil keputusan untuk menarik diri secara rela hati kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, justeru Dinda terselamat pada minggu ini.
10 peserta melangkah ke minggu keempat dan bakal mempersembahkan lagu mengikut tema Duominasi.
Komposer Ajai diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Penyanyi Aman RA telah membuka pentas Big Stage minggu ketiga dengan lagu tema filem Sangkar, 'Fighter'.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Gempak
Mon Sep 02 2019

Dinda Permata menegaskan kesilapan yang dilakukan di atas pentas bukanlah penyebab dia menangis semasa melakukan persembahan.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

'Fieya Julia telah menggunakan sebaiknya imuniti yang diberikan, cuma...' - Siti Nurhaliza
Datuk Seri Siti Nurhaliza akui berpuas hati dengan senarai peserta yang layak memasuki peringkat akhir program Big Stage 2019.

Big Stage 2019: Saya tidak terkilan - Santesh
Rezeki ada di mana-mana ..

Big Stage 2019: Tiada lagi kelibat Santesh minggu depan
Keputusan konsert keenam Big Stage 2019 mengejutkan ramai pihak apabila Santesh tersingkir.

Big Stage 2019: "Tak sangka seramai itu orang tidak suka saya" - Chaleeda tertekan
Penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert akui menerima keputusan penyingkirannya dengan hati terbuka pada malam minggu kelima program Big Stage 2019.

Big Stage 2019: Syada dan Chaleeda tersingkir, ini kedudukan peserta beserta markah keseluruhan!
Makin mencabar ..

"Saya akan jadi liabiliti besar kalau masuk Big Stage" - Naim Daniel
Jelas Naim, keputusan untuk tidak terbabit dengan rancangan itu dirasakan tepat memandangkan jadual hariannya terlalu padat.

Big Stage 2019: Gagal kawal emosi, Dinda Permata hampir tersingkir
Jelas Dinda, dia gagal mengawal emosi kerana lagu Terlalu Memuja mengingatkannya kepada ibu dan adik beradiknya yang berada di Indonesia.

Sheryl Shazwanie peserta pertama tersingkir di Pentas Big Stage 2019
Pentas Big Stage 2019 minggu kedua menyaksikan penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.