KECOH di media sosial baru-baru ini mengenai satu risalah pelancongan yang tertera percutian ke tempat Gohet Gostan seperti mana pernah diucapkan dialog Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem 3 Abdul.
Dalam risalah itu yang menjadi viral menerusi mesej WhatsApp menyatakan pakej perlancongan ke Gohet Gostan adalah sebanyak RM4,750 untuk seorang.
Ia merangkumi percutian ke tiga destinasi utama iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tanda tanya pada netizen adalah sama ada nama tempat Gohet Gostan memang benar-benar wujud seperti mana diperkatakan dalam dialog filem P Ramlee sebelum ini.
Selebriti TV popular, PU Taha atau kini lebih dikenali sebagai Dr T ketika dihubungi Astro Gempak untuk mendapatkan komennya, beliau menyatakan nama tersebut sebenarnya tidak wujud!
Jelasnya, perkataan itu digunakan sebagai strategi pemasaran yang dijalankan agensi pelancongan untuk menarik perhatian orang ramai pergi melancong.
"Ia bukan nama negara, cuma untuk pemasaran. Nama itu adalah punchline daripada filem P Ramlee dan itu hanyalah nama pakejnya saja," katanya.
Dalam filem 3 Abdul, P Ramlee berdialog dengan menyebut Gohet Gostan sebagai jenakanya ketika menyatakan nama beberapa negara lain seperti Afganistan dan Pakistan.
Ia adalah filem terakhir P Ramlee bersama Malay Film Productions yang ditayangkan pada tahun 1964. - Teks oleh: Elrafaei Sapi
Gempak
Wed Jul 18 2018
Dalam risalah itu yang menjadi viral menerusi mesej WhatsApp menyatakan pakej perlancongan ke Gohet Gostan adalah sebanyak RM4,750 untuk seorang.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Betul ke kata P Ramlee negara 'Gohet Gostan' benar-benar wujud?
Kecoh di media sosial mengenai satu risalah pelancongan yang tertera percutian ke tempat Gohet Gostan seperti mana pernah diucapkan dialog Allahyarham Tan Sri P Ramlee menerusi filem 3 Abdul.