MENJELANG tamat musim cuti persekolahan tidak lama lagi, bekas suami Fasha Sandha dan Nora Danish, Jejai sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli kini berada di Perancis.

"Some pictures from our first day in Megeve. Its been a while since we last went on a family vacation! Happy faces," tulisnya.

Some pictures from our first day in Megeve. Its been a while since we last went on a family vacation! Happy faces! #putrarayqalramli #putrarayfalramli #putrirayshajemyma

A post shared by Rizal Ramli (@rizalashramrnt) on


Selain berkongsi kegembiraan bermain salji di pergunungan Megeve, percutian itu turut disertai keluarga Jejai.

Beberapa hari lalu, Fasha turut meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3, di Instagramnya.

Rindu anak2 ibu. Terima kasih Dada diatas kiriman gambar. Terima kasih Dada and Yeop For taking care of Rayfal and Jemyma . ❤️ #iburayfalraysha #siblingslove

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Sementara itu, Nora Danish pula memuat naik foto anaknya, Putra Rayqal Ramli, 10, pagi tadi yang merindui anak sulungnya itu.

Look at the view


Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008.

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah pada 2016.

Kini, Nora sudah berkahwin dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan anak, Mohammad Neqayl Nedim yang lahir pada Februari lalu.

Manakala, Fasha bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz tidak lama lagi selepas mengikat tali pertunangan baru-baru ini.