KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli keluarganya telah bercuti atas kapal layar ke selatan Perancis, perairan Greece dan Itali sejak 2009 hingga 2013 atas jemputan Putera Kuwait, Putera Saudi dan Putera Abu Dhabi.
Bekas pegawai khas kepada Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail, 48, berkata setiap maklumat berkaitan destinasi percutian itu dimaklumkan kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Saksi pendakwaan ke-16 itu berkata pada Ogos 2009, beliau telah dihubungi oleh Jho Low dan memaklumkan bahawa Najib sekeluarga akan bercuti di selatan Perancis atas jemputan seorang Putera Kuwait dan seorang sahabatnya bernama Syeikh Hamed di atas kapal layar milik mereka iaitu RM Elegance.
Wan Ahmad Shihab berkata Jho Low juga telah memberikannya nombor telefon seorang lelaki bernama Mr Sahle untuk membuat persiapan percutian itu.
Beliau kemudian mengesahkan perkara tersebut dengan Najib sebelum menghubungi Mr Sahle untuk memberikan maklumat rombongan percutian tersebut termasuk senarai nama keahlian rombongan, tempoh percutian dan segala keperluan yang diperlukan di sana.
"Percutian tersebut turut disertai oleh Datin Seri Rosmah Mansor, anak-anak beliau iaitu Nor Ashman, Nooryana Najwa dan Riza Shahriz Abdul Aziz. Selain itu terdapat juga kawan-kawan Najib termasuk Tan Sri Bustari Yusuf dan seorang anaknya.
"Jumlah keseluruhan peserta rombongan percutian tersebut adalah lebih kurang 20 orang termasuk pegawai pengiring serta pembantu rumah," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Ketika menceritakan lebih lanjut mengenai percutian di Selatan Perancis itu, Wan Ahmad Shihab berkata pada hari kedua atau ketiga pelayaran, Najib telah memaklumkan kepadanya bahawa terdapat seorang Putera Saudi berada di sebuah kapal lain yang berdekatan dan beliau telah menjemput Najib sekeluarga untuk minum petang di atas kapal mereka.
"Saya kemudian telah memaklumkan kepada Mr Sahle untuk menyediakan bot kecil untuk kami pergi ke kapal Putera Saudi tersebut. Seingat saya nama Putera Saudi tersebut adalah Putera Turki.
"Setibanya kami di kapal tersebut, kami telah disambut oleh Putera Turki dan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tarek Obaid," katanya sambil menambah beliau tidak tahu apa tujuan pertemuan tersebut dan ketika beliau masuk ke ruang tamu kapal itu, beliau mendapati Jho Low telah berada dalam kalangan mereka.
Menceritakan mengenai percutian kedua iaitu di perairan Greece dan Itali pada pertengahan 2010, Wan Ahmad Shihab berkata Jho Low memberitahunya bahawa seorang Putera Saudi menjemput Najib dan keluarganya untuk bercuti di atas kapal layarnya sebelum memberikan nombor telefon kapten kapal Mike Hitch.
"Rombongan tersebut disertai lebih kurang 17 orang termasuk Najib, Rosmah, Riza Shahriz, Nooryana Najwa, Nor Ashman, saya sendiri, pegawai-pegawai pengiring serta seorang rakan Najib. Setibanya di Athens, Greece, kami telah disambut oleh Mike Hitch dan terus dibawa menaiki kapal Golden Odyssey.
"Setibanya kami di atas kapal tersebut, saya dapati Tan Sri Bustari dan beberapa kenalan Najib yang lain telah berada di atas kapal tersebut. Mereka juga hadir sebagai ahli rombongan percutian tetapi mereka menaiki penerbangan komersial yang mereka uruskan sendiri dan tiba sehari lebih awal di situ," katanya.
Mengenai percutian itu, saksi berkata pada hari kelima pelayaran di atas kapal Golden Odyssey, beliau telah dihubungi oleh seorang wanita bernama Natasha iaitu rakan kepada Rosmah melalui SMS dan menanyakan maklumat di mana kapal akan berada sekiranya sampai di Rome kerana beliau (Natasha) ingin membawa beberapa orang tetamu untuk berjumpa dengan Rosmah.
"Saya terus memaklumkan Natasha melalui e-mel mengenai lokasi kapal akan berlabuh apabila berada di Rome dan saya juga memberikan nombor kapten Mike Hitch untuk beliau berhubung terus. Setelah kapal berlabuh di Rome, selang sehari selepas itu saya ternampak Natasha telah berada di atas kapal bersama dengan Rosmah.
"Saya tidak begitu mempedulikan beliau kerana saya tidak begitu mencampuri urusan Rosmah. Di penghujung lawatan tersebut, saya telah pulang dahulu ke Malaysia dengan menaiki pesawat komersial dari Lapangan Terbang Cote D'azur, Nice, Perancis kerana saya ada urusan persendirian yang perlu saya uruskan," katanya.
Mengenai percutian pada 2013, Wan Ahmad Shihab berkata Najib sekeluarga telah dijemput untuk bercuti di Selatan Perancis di atas kapal layar Topaz milik Sheikh Mansour, seorang Putera dari Abu Dhabi, yang turut kelihatan adalah Mohamed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah syarikat Aabar Investments PJS bersama Robert Baker, seorang jurulatih golf profesional.
Wan Ahmad Shihab berkata pada malam itu seorang yang dkenali sebagai Robert Shepherd memaklumkan bahawa beliau sedang bersiap menyambut Riza Aziz untuk datang ke kapal Topaz dan semasa Riza Aziz tiba di kapal Topaz, beliau mendapati Jho Low dan Joey McFarland (producer filem Wolf Of Wall Street) turut serta bersama dengan Riza Aziz.
"Saya tidak tahu apa tujuan Jho Low dan Joey McFarland hadir bersama tetapi saya menganggap mereka hadir untuk bersama-sama menikmati percutian tersebut. Sepanjang Jho Low dan Joey McFarland berada di atas kapal tersebut, saya nampak hampir setiap masa mereka sentiasa bersama dan kedengaran perbualan mereka banyak tertumpu berkaitan pembikinan filem untuk Hollywood," katanya.
Wan Ahmad Shihab berkata tiada sebarang pembayaran penginapan dikenakan terhadap ketiga-tiga percutian itu kerana Najib dan keluarganya bercuti atas jemputan.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/Astro AWANI
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.