BEIJING: Mantan Perdana Menteri China, Li Keqiang dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun.

Media tempatan CCTV melaporkan mendiang meninggal dunia pada 12.10 tengah malam tadi.

Mendiang merupakan individu kedua paling berpengaruh dalam Parti Komunis China (PKC), sehingga beliau bersara tahun lepas.

Media tempatan melaporkan mendiang sedang bercuti di Shanghai bersama keluarga apabila mengalami serangan jantung secara tiba-tiba pada Khamis.

Beberapa kali cubaan untuk menyelamatkan nyawanya gagal sebelum kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh keluarga.





Semasa hayatnya, Keqiang pernah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Kabinet China yang berkhidmat di bawah Presiden Xi Jinping selama sedekad bermula pada 2013.

Mendiang bersara pada Mac lalu selepas menyandang jawatan itu selama dua penggal dan digantikan Li Qiang, yang juga sekutu rapat Presiden Xi Jinping.

Ahli ekonomi elit berpendidikan Universiti Peking itu pernah dilihat sebagai pesaing utama kepimpinan dalam PKC namun semakin diketepikan oleh Jinping sehingga membawa kepada persaraannya.