Selepas lebih sebulan dilahirkan, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya berkongsi nama anak sulung mereka iaitu Syeriv Samheizy.

Nama unik bayi lelaki mereka diumumkan di laman sosial instagram Sam hari ini beserta foto sebuah katil bayi.

Setakat ini, akaun instagram bayi itu, Syeriv Samheizy sudah mendapat lebih 15 ribu pengikut walaupun hanya satu perkongsian gambar di dalamnya.

Manakala, Shaheizy turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen menyatakan perasaan terujanya.


Syeriv Samheizy dilahirkan pada 9 Mei lalu.