BEKAS isteri kepada aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun menafikan dakwaan sedang bercinta dengan pelawak dan pengacara, Zizan Razak.

Khabar angin yang tersebar beberapa minggu lalu mendakwa Zizan kini sedang berkawan rapat dengan Vie Shanti. Malah ada juga yang mengatakan hubungan mereka sudah sampai ke peringkat serius.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Vie Shanti meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita itu yang disifatkan sebagai fitnah.

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.. . Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini.. . Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.. . Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi.. . Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.. . Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama.. . Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.. . Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.. . Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor 'MEMFITNAH' kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah 'MEMBUNUH' kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.. . Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan.. !! #vsk #22012016 #mystatement #hatihatidenganfitnahrosakhiduporangkerananya

A photo posted by Vie Shantie Khan (@vieshantiekhan) on


Menganggap penyebaran berita itu sebagai sesuatu yang sudah melampaui batas, Vie Shanti enggan namanya terus dijaja pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambah Vie Shanti, dia hanya mengenali Zizan sebagai rakan, apatah lagi adik lelakinya terbabit dalam industri seni.

Vie Shanti berkata, khabar angin yang tersebar membuatkan dia berasa terganggu dan memohon agar dia dan keluarganya diberikan ruang untuk menjalani kehidupan seperti biasa tanpa kontroversi.

Dalam masa yang sama, wanita itu juga berharap agar wartawan lebih bertanggungjawab dalam setiap penulisan mereka dan mengambil kira perasaan mereka yang terlibat.