GITARIS kumpulan Wings, Joe menafikan sekiranya ada yang beranggapan dia cuba mencampuri kemelut Search apabila mengutip dana untuk membantu Yazit menerusi penganjuran pertandingan War of Band-Joe Wings Mencari Protege.
Joe ketika ditemui baru-baru ini berkata, niat untuk membantu Yazit adalah ikhlas atas dasar persahabatan serta tiada kena-mengena dengan kemelut yang berlaku di antara pemain dram tersebut dan Search.
“Perancangan untuk membantu Yazit sudah lama, cuma saya belum temui masa yang sesuai dan cara yang betul untuk tujuan itu.
“Apabila idea untuk War Of Band ini timbul, saya rasa tak salah jika saya kumpulkan dana untuk membantu meringankan perbelanjaan perubatan Yazit.
“Dana untuk tabung kebajikan Yazit dikumpul menerusi yuran penyertaan peserta War Of Band. Yuran dikenakan untuk setiap kumpulan RM300 dan 10 peratus dari itu iaitu RM30 akan disalurkan ke tabung kebajikan Yazit Search.
“Sebagai sahabat yang sama-sama membesar dalam industri, tak salah saya membantu. Jadi jangan libatkan saya dengan isu yang sedang melanda Yazit dan ahli kumpulannya” kata Joe kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai War of Band-Joe Wings Mencari Protégé, Joe atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir, 47, berkata, program itu diadakan untuk membantu kumpulan indie yang tidak diketengahkan.
"Banyak yang berbakat tetapi mereka tidak mempunyai platform untuk menunjukkan kebolehan mereka dan penganjuran program mencari bakat sedia ada tidak memberi peluang kepada mereka.
"Saya bukan sahaja mahu mencari pelapis tetapi protege yang boleh saya didik dari segala aspek termasuk penghasilan lagu sebagai pakej lengkap untuk memeriahkan industri muzik tempatan," katanya.
Joe berkata demikian ketika sidang media War of Band - Joe Wings Mencari Protege di Teh Tarik Setapak Central, pada Khamis.
Saringan bagi mencari 12 peserta akhir akan diadakan di tiga lokasi iaitu Johor Baru pada 31 Ogos, MAEPS Serdang (16 September) dan Ipoh (1 Oktober).
Manakala peringkat akhir akan diadakan di MAEPS Serdang pada 16 Oktober depan.
Tambah Joe hanya empat buah kumpulan akan dipilih pada pusingan saringan di setiap lokasi dan 12 kumpulan akan dibawa ke peringkat akhir.
“Persaingan pastinya sengit kerana, setiap kumpulan pasti mahu buat yang terbaik untuk membuktikan mereka mampu memberikan impak kepada industri muzik.
“Sebagai juri, saya akan memilih sebuah kumpulan yang bukan sahaja berbakat besar tetapi mampu memberikan kelainan memandangkan mereka perlu menyampaikan sebuah lagu baharu ciptaan sendiri pada peringkat akhir nanti.
"Kami perlu teliti dalam memilih calon peringkat akhir kerana ingin memastikan kemunculan mereka dalam industri mampu memberi impak dan berkekalan untuk waktu yang panjang.
"Ia tidak akan jadi mudah namun kami yakin peserta yang hadir untuk saringan nanti memiliki kriteria yang kami kehendaki," jelasnya.
Menariknya pada peringkat akhir nanti, Joe berkata, kesemua finalis bakal merasai pengalaman bermain di atas pentas bersaiz besar selain dilengkapi dengan sistem bunyi bertaraf antarabangsa.
"Pertandingan ini bukan sahaja mencari pelapis baharu tetapi turut memberi pengalaman sebenar kepada mereka seperti sedang mengadakan sebuah konsert sebenar.
"Ia sekali gus dapat membeti motivasi kepada para peserta bertanding dalam memberikan persembahan setaraf dengan kemudahan disediakan.
"Juara bukan sahaja akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 malah kesemua 12 peserta terlibat berpeluang merakamkan sebuah lagu dalam satu album kompilasi yang dikawal selia sendiri oleh saya," katanya.
Selain Joe, dua lagi juri peofesional pada peringkat akhir nanti adalah Hillary Ang dan Yazit (Search).
Dalam perkembangan sama, Joe berkata, had penyertaan daripada 15 hingga 35 tahun sahaja dan peserta akan diberikan lima helai baju selepas membayar yuran penyertaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai War of Bands - Joe Wings Mencari Protege boleh melayari www.tioevent.com/jwwob atau Facebook Joe Wings Protege.
Gempak
Sun Jun 05 2016
![Bantu Yazit menerusi 'War Of Band', Joe Wings tak campur masalah Search Bantu Yazit menerusi 'War Of Band', Joe Wings tak campur masalah Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/Joe Wings War Of Band.jpg)
Menariknya pada peringkat akhir nanti, Joe berkata, kesemua finalis bakal merasai pengalaman bermain di atas pentas bersaiz besar selain dilengkapi dengan sistem bunyi bertaraf antarabangsa. - Gambar Astro GEMPAK
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
!['Saya malas nak ulas kenapa saya tinggalkan Prime Domestic' - Aweera 'Saya malas nak ulas kenapa saya tinggalkan Prime Domestic' - Aweera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534312811_aweera.jpg)
'Saya malas nak ulas kenapa saya tinggalkan Prime Domestic' - Aweera
Penyanyi Aweera menjelaskan mengundur diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.
![Bantu Yazit menerusi 'War Of Band', Joe Wings tak campur masalah Search Bantu Yazit menerusi 'War Of Band', Joe Wings tak campur masalah Search](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.astrogempak.com.my/Portals/2/Joe Wings War Of Band.jpg)
Bantu Yazit menerusi 'War Of Band', Joe Wings tak campur masalah Search
Gitaris kumpulan Wings, Joe menafikan sekiranya ada yang beranggapan dia cuba mencampuri kemelut Search apabila mengutip dana untuk membantu Yazit menerusi penganjuran pertandingan War of Band-Joe Win